Perkongsian terbaharu yang dibuat pelakon, Zeera Azizi di TikTok dan Instagram (IG) telah menyorot perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Intonasi Dia Jadi Timbul Salah Faham..Kru Kabin Dilatih Jaga Kebajikan & Tidaklah Untuk Sakitkan Hati Penumpang’ – Zeera Azizi

Bercinta dengan Zhiddin Aziz?

Menerusi perkongsian yang dibuat, Zeera memuat naik beberapa foto mesranya bersama pempengaruh terkenal, Zhiddin Aziz.

Bukan itu sahaja, pemilik nama Nurazeera Azizi turut berkongsi foto jambangan bunga dipercayai diberikan Zhiddin kepadanya.

Kehidupanku sangat indah sejak kebelakangan ini.

Tidak terhenti di situ, terdapat kad ucapan yang seakan memberi bayangan bahawa mereka bakal melangkah ke fasa yang lebih serius dua tahun akan datang.

Tahun 2025, detik janji hadir.

Tahun 2027, detik jadi takdir.

Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan menuai pelbagai reaksi dan komen daripada wargamaya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan dalam masa yang sama mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Komen netizen

Sumber: TikTok, Instagram Zeera Azizi