

Penyanyi Zehra Zambri mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan punca sebenar dia memfaikan cerai terhadap suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 47.
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Nafi Rumah Tangga Bergolak, Suami ‘Archive’ Gambar Di IG Sebab Tak Selesa
Artikel Berkaitan: Didakwa Bakal Fail Cerai ‘Fast Track’, Zehra Zambri Enggan Beri Komen – ‘Saya Tidak Akan Mengaibkan Sesiapa’
Isu peribadi

Enggan membuka aib mana-mana pihak, Zehra, 37, berkata, keputusan untuk berpisah secara ‘fast track’ sudah dipersetujui oleh suami namun berasa hairan apabila proses itu dipanjangkan.
Keputusan untuk berpisah secara ‘fast track’ telah pun dibicangkan dan dia tahu. Kami sudah bersetuju, bukan saya buat keputusan sesuka hati.
Sepatutnya boleh diselesaikan secara ‘fast track’, tetapi dia mengambil tindakan untuk memanjangkan jadi saya ikut sahaja. Kalau dia nak nusyuz pun silakan.
Kami ingin bercerai bukan disebabkan saya sertai GV, sebab dan punca ingin berpisah biarlah kami sahaja yang tahu. Isunya sangat peribadi.
Saya sehabis baik menutup aib rumah tangga, tidak perlu kongsi kepada umum kerana akan timbul pelbagai spekulasi yang buruk. Saya hanya akan kongsikan segalanya di mahkamah.
Zehra berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Raya Astro 2025 yang berlangsung di sebuah hotel, pada Rabu.
Usaha berdamai

Hanya diri dan keluarga mengetahui punca sebenar, Zehra berkata dia tidak mampu mengawal orang luar daripada terus melemparkan tomahan dan fitnah terhadapnya.
Orang luar tidak tahu apa yang saya lalui, teruskanlah buat tomahan dan fitnah saya. Keluarga saya tahu apa yang saya alami.
Saya sekarang ingin menjaga kesihatan mental dan mahu fokus kepada perkara yang baik-baik sahaja serta anak yang masih kecil.
Disoal mengenai usaha untuk berdamai, pelantun lagu Semalakama itu menjawab tiada lagi yang boleh diselamatkan selepas bertahun-tahun bertahan.
Dia tidak mahu berdamai, kalau soal usaha untuk selamatkan rumah tangga, saya sudah berusaha bertahun-tahun.
Saya sudah berkorban selama tiga tahun untuk rumah tangga, saya sudah berikan segala-galanya dan dia tahu itu.
Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.








