
Personaliti media sosial, Zhiddin Aziz tidak menyangka dirinya diberi kepercayaan untuk mengendalikan majlis resepsi pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Larang Panggil Ara Dengan Gelaran ‘Tempoyot’
Perkongsian Zhiddin

Menerusi hantaran di Threads, Zhiddin berkongsi semula tangkap layar perbualan antara dirinya dengan Bella.
Berdasarkan tangkap layar perbualan tersebut, Bella beberapa kali bertanyakan kelapangan Zhiddin sejak Januari lalu untuk menjadi pengacara bagi majlis adiknya iaitu Didi Astillah.
Bagaimanapun, Zhiddin terpaksa menolak permintaan Bella kerana tidak mempunyai kelapangan pada tarikh-tarikh tersebut.
Tidak terhenti di situ, pengurus Bella dilihat turut menghubungi Zhiddin untuk mendapatkannya mengendalikan majlis aktres tersebut.
Dalam pada itu, Zhiddin menyifatkan peluang menjadi pengacara hari bahagia pasangan tersebut tersebut sebagai satu penghormatan besar yang cukup bermakna buat dirinya.
Semalam Bella muat naik screenshot mesej dengan YB.
Dia tak sangka plot twist itu yang akan berlaku. Samalah saya, tak sangka pula plot twist-nya saya diberi kepercayaan untuk mengacarakan majlis paling bermakna dalam hidup Bella dan YB.
Tambah anak kepada hos terkenal Allahyarham Aziz Desa itu, dia pada awalnya sudah mempunyai komitmen kerja di Singapura pada tarikh sama.
Namun, acara di Singapura yang diwajibkan untuk dihadirinya itu akhirnya ditunda, sekali gus membuka ruang buatnya menerima tawaran mengacarakan majlis perkahwinan pasangan berkenaan.
Ikutkan tarikh tu, saya ada acara di Singapura. Tapi saya kata je saya available
Sebab terfikir, terkilan juga kenapalah setiap kali Bella panggil, tapi saya asyik tak lapang.
Jadi saya hanya berharap ada perubahan date dari pihak Bella. Pasal acara di Singapura tu memang wajib saya pergi, tak ada kata dua. Sekali, keajaiban berlaku. Acara yang Singapura lah ditunda.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Iqbal Zulkefli Tak Terfikir Hadir Majlis Kahwin Vida & Fazley Yaakob – ‘Saya Doakan Kebahagiaan Mereka’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2186.jpg)

