Pelakon, Zila Bakarin meluahkan rasa kecewa apabila dirinya didakwa menjadi sasaran fitnah sehingga dikaitkan dengan perbuatan syirik.

Artikel Berkaitan: Zila Bakarin Dedah Suami Tak Pernah Paksa Masak – ‘Tak Susahkan Saya, Alhamdulillah Rezeki’

Artikel Berkaitan: Zila Bakarin Akui Sudah Diberitahu Tentang Habuan – ‘Saya Kesiankan Kami..’

Perbuatan sihir

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, akui sudah lali berdepan pelbagai kecaman termasuk dipulaukan dan menjadi bahan bualan orang ramai.

Bagaimanapun, pelakon berusia 51 tahun itu tidak mampu menerima apabila ada pihak tergamak menyebarkan dakwaan dirinya melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Aku ini semua dah rasa. Dihina, orang mengata, orang benci, kena palau, dan macam-macam.

Aku belajar memaafkan dengan berdiam dan membawa diri. Aku tak kisah yang penting Allah tahu aku orang baik.

Tapi bila orang fitnah dan sebar cerita yang aku buat perkara syirik. Aku tak boleh terima.

Menurut Zila, selama ini dia memilih untuk memaafkan segala perbuatan orang lain dengan cara berdiam diri daripada terus melayan perkara negatif.

Namun, dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan perbuatan syirik nyata mengundang rasa sebak dan marah.

Sedih, sebak dan marah. Tapi aku pilih untuk diam dan sabar.

Pilihan di tangan kita. Aku hanya serahkan seluruhnya kepada Allah.

Sumber: Threads