Pelakon, Zila Bakarin tampil memberi teguran kepada seorang pencipta kandungan (content creator) yang didakwa melakukan kandungan yang lucah dan tidak bermanfaat.

Artikel Berkaitan: ‘Semua Orang Berhak Untuk Berfesyen’ – Zila Bakarin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zila Bakarin Tak Tahan Sebak, Anak Sulung Didakwa Jadi Mangsa Buli – ‘Dia Sangat Lemah Lembut & Banyak Mengajar Saya Tentang Adab’

Tegur

View on Threads

Menerusi komen di Threads, Zila atau nama lengkapnya, Rosmawati Bakarin, 51, berkata pada awalnya dia tidak mahu memberikan teguran, namun tetap melakukannya kerana merasakan kandungan itu ditonton ramai.

Malas nak komen tapi ada saya kisah! Tak perlu tunjuk berapa ‘labuh’ kedudukannya.

Content punya pasal kan.

Komen itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya turut memberikan sokongan terhadap Zila.

Terdahulu, seorang pencipta kandungan didakwa melakukan kandungan yang mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila menunjukkan kedudukan buah dada wanita.

Sumber: Threads