berita

Zizan Razak Ganti Alif Satar Sebagai Hos Ketiga AME2020

December 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pihak Meletop mengumumkan penyanyi, Alif Satar, tidak akan menjadi pengacara ketiga bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse untuk Anugerah Meletop Era (AME2020) yang bakal berlangsung pada Ahad ini. Pengumuman tersebut telah dimuat naik di Instagram Meletop, semalam.

Pengumuman

Awal tahun ini, kami telah mengumumkan Alif Satar sebagai pengacara bersama Nabil dan Jihan bagi AME 2020. Susulan berita bahawa Alif positif Covid-19, fokus kami yang utama adalah untuk melihat Alif pulih seperti sedia kala agar dapat kembali ke pangkuan keluarga tercinta dengan segera. Walaupun kini Alif telah pulih, kami masih mengambil berat akan tahap kesihatan beliau memandangkan peranan sebagai hos acara siaran langsung memerlukan kerahan tenaga yang banyak dan raptai siang malam, yang sedikit sebanyak akan memberi tekanan fizikal dan mental.

Menurut pihak AME2020 dan Alif, mereka sendiri berasa berat hati untuk mengumumkan berita tersebut. Namun, setelah mencapai kata putus bersama, mereka akhirnya mengumumkan pengunduran Alif sebagai hos AME 2020. Tambah pihak AME2020, mereka mengalu-alukan cadangan orang ramai untuk hos ketiga AME 2020. Di samping itu juga, mereka sedang berusaha untuk mencari pengganti dalam masa terdekat. Di akhir posting tersebut, pihak AME memberitahu bahawa mereka akan membuat pengumuman mengenai hos baru di segmen Johara Pagi Era, hari ini.

Siapa hos ketiga?

 

Terbaru, pihak AME telah mengumumkan bahawa Zizan Razak merupakan hos ketiga yang akan digandingkan bersama Nabil dan Jihan dalam acara kemuncak anugerah tersebut.

Sumber: Meletop

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×