Zizan Razak

Pelakon dan penyanyi, Zizan Razak tidak mengambil serius dengan usikan netizen yang mahu melihat dia dan aktres, Emma Maembong kembali bersama selepas mereka dilihat begitu akrab ketika mempromosikan pakaian raya, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Emma Maembong ‘Spill’ Perangai Zizan Kuat Merajuk – ‘Dulu, Saya Yang Kena Pujuk Dia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizan Razak & Emma Maembong Hanya Kawan, Tak Kisah Kemesraan ‘Direstui’ Netizen – ‘Saya Dengan Dia Bukan Musuh’

Peminat minta ‘get back’

Zizan Razak

Zizan atau nama lengkap Mohd Razizan Abdul Razak, 41, berkata, hubungan mereka masih baik sebagai kawan dan tidak pernah terlintas untuk ke fasa yang lain.

Pada saya, keserasian dengan Emma memang nampak jelas. Kami memang ‘ngam’ dari sudut profesional dalam bekerja. Kami memang saling memahami.

Memang rasa menggamit kenangan apa yang kami lalui dulu, tetapi kalau nak pergi ke arah lain itu tidak terfikir. Nak cakap mustahil itu tidak boleh, sebab saya bukanlah orang yang boleh menentukan masa depan.

Zizan berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana Astro Raya 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di Damansara, baru-baru ini.

Selesa bekerjasama

Zizan Razak

Tambah Zizan, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berjumpa mahupun bekerjasama dengan Emma biarpun aktres itu pernah menjadi insan istimewa dalam hatinya suatu ketika dahulu.

Ada ex (bekas kekasih) yang saya tak boleh bercakap, tetapi Emma tidak. Mungkin kami pernah sama-sama salah. Kami pun sudah matang, jadi lupakan benda tak perlu pada masa akan datang.

Selepas putus ada juga jumpa, selalunya jumpa di acara. Emma pun ada kenalkan saya dengan anak-anak dia. Sudah rasa seperti anak sendiri.

Kita doakan yang baik-baik untuk Emma dan anak-anaknya. Saya juga ada hubungan yang baik dengan bekas suaminya, Shazli.

Dalam pada itu, disoal mengenai kemesraan semasa penggambaran pakaian raya sebuah jenama, Zizan berkata, aksi mesra yang ditunjukkan bukanlah dibuat-buat, sebaliknya berlaku semula jadi dan spontan.

Saya melayan sahaja perangai dia dan semua itu hanya untuk kerja. Kami cuba sedaya upaya untuk promosikan jenama yang ambil kami sebagai duta. Semua itu bukan dibuat-buat, semuanya berlaku begitu sahaja tanpa sebarang skrip.