berita

Zizan Terkilan Sam Rangkul Trofi Bintang Paling Popular (ABPBH 2012)

April 10th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Zizan ABPBH 2012Rasanya, bukan kami saja yang terkejut apabila Shaheizy Sam diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Paling Popular (ABPBH 2012), kan? OHBULAN! pasti anda dirumah turut tidak menyangka Sam mampu mengulangi kejayaannya pada tahun 2010.

Namun, disebalik kemenangan Sam, Zizan ketika ditemubual telah meluahkan rasa kecewa dan terkilannya kerana gagal meraih trofi tersebut. Pengacara dan juga pelawak ini mengaku dirinya terkilan kerana tidak dapat memuaskan hati para penyokongnya.

“Pada saya harapan saya untuk menang memang ada sebab saya tak nak penyokong berkecil hati kerana mereka kerja keras untuk saya dan untuk menang itu bukan hasil dari saya, tapi dari undian mereka.

“Rasa terkilan tu ada, of course ada. Bila diumumkan Sam menang, semua terdiam tadi. Tapi takpe, its OK,” luah Zizan.

Zizan turut memberitahu bahawa dia akan mengadakan majlis bersama para peminatnya bagi mengubat kekecewaan mereka yang bersusah payah mengundi untuknya bagi ABPBH kali ini.

“Lepas ni saya akan adakan majlis perjumpaan bersama mereka (peminat). Itulah hadiah untuk mereka supaya mereka tak kecil hati. Supaya sentiasa bersemangat untuk sokong saya dalam industri ini.”

Dalam pada itu, Zizan yang sebelum ini pernah merangkul trofi Pengacara TV Lelaki Popular di ABPBH 2011 memberitahu, kekalahannya pada Aznil Nawawi kali ini merupakan satu penghormatan yang besar dan dia berbangga dengan keputusan itu.

“Sebenarnya saya kalau kalah pun dengan orang sepatutnya. Saya cukup berbangga kerana Pak Nil tu cukup hebat, takde org boleh menandingi dia buat setakat ini.

“Pak Nil pengacara yang bijak, yang hensem dan sangat berkaliber bagi saya. Saya puas hati dan tidak berkecil hati langsung,” tambah Zizan lagi.

Untuk pengetahuan, Zizan telah berjaya merangkul trofi Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2012.

SKIP THIS AD ×