Momen pelakon, Yusuf Bahrin memeluk isterinya, Zizi Kirana sebelum penyanyi itu berangkat ke Gaza bagi menyertai misi kemanusiaan mengundang rasa sebak wargamaya.

Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Sifatkan Pembuli Sebagai Manusia Lemah – ‘Dia Jatuhkan Orang Lain Untuk Rasa Bernilai’

Momen berpelukan

Menerusi video yang tular di TikTok, Yusuf atau nama lengkap Muhammad Yusuf Bahrin dilihat memeluk erat isterinya buat kali terakhir sebelum menaiki pesawat.

Aktor berusia 33 tahun itu juga dilihat mencium dahi Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen meluahkan rasa sebak dan mendoakan urusan Zizi di Gaza dipermudahkan.

Sementara itu, menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram, Zizi memuat naik sekeping foto menggenggam tangan suaminya.

Semoga genggaman ini sampai ke Syurga Allah.

Terdahulu, Zizi memaklumkan dia bakal menyertai misi bantuan kemanusian ke Gaza dan reda dengan ketentuan Allah sekiranya ditakdirkan tidak kembali ke tanah air.

Jelas Zizi, Yusuf juga memberi keizinan untuknya menjayakan misi tersebut.

Video

Sumber: TikTok, Instagram