berita

Zizie Izette Nafi Bersubahat Dengan Bung Moktar Terima Rasuah 2.8 Juta

May 3rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan penahanan terhadap Datuk Seri Bung Moktar dan isterinya, Zizie Izette. Pasangan ini telah ditahan di pejabat SPRM selepas hadir bagi melengkapkan siasatan akhir melibatkan kes rasuah Felcra.

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon tersebut mengaku tidak bersalah pertuduhan yang dikenakan. Pengakuan tersebut dilakukan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Didakwa bersubahat

Didakwa menerima rasuah sebanyak RM2.8 juta dan bersubahat dengan suami, Zizie membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi selepas jurubahasa membacakan ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Menurut Harian Metro, wang yang diterima oleh Bung Moktar merupakan ganjaran buat dirinya setelah berjaya mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan 2 untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Wang tersebut diberi oleh dua ajen pelaburan Public Mutual Berhad, melalui akaun Public Iktikal Sequel Fund (PITSEQ) Zizie. Urusan tersebut dilakukan sejak 12 dan 19 Jun 2015.

Pasport diserahkan kepada mahkamah

Jika disabit kesalahan, Zizie akan didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], dan boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Jaminan sebanyak RM100,000 terhadap semua pertuduhan dengan seorang penjamin telah dibenarkan oleh mahkamah. Manakala, pasport mereka perlu diserahkan kepada mahkamah. 10 Jun merupakan tarikh semula sebutan kes tersebut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×