
Sedang membanjiri kebanyakkan platform media sosial ketika ini adalah trend ‘S Line’ yang tercetus daripada sebuah drama dari Korea Selatan.
Artikel Berkaitan: Elak Publisiti Murahan, Zoey Rahman Labur RM100,000 Bina Studio Interaktif
Artikel Berkaitan: Zoey Rahman Disekat Di Media Sosial Selepas Tolak Cinta Mass Factorz – ‘Kami Baru Kenal, Jumpa Pun Belum Lagi’
Banyaknya ‘S Line’ Zoey
Bukan sekadar hanya orang awam, pelakon dan usahawan Zoey Rahman turut tidak ketinggalan melakukan trend tersebut.
Menerusi hantaran di TikTok, Zoey, 40, memuat naik sekeping foto memamparkan dirinya tidak berbaju dengan lukisan garisan merah di atas kepala.
Dapat dilihat, garisan merah yang disunting begitu banyak dan tidak mampu dikira menggunakan jari.
Meksipun tidak meletakkan sebarang kapsyen namun perkongsian itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan andaian orang ramai.
Jika dalam drama berkenaan, garisna merah itu merupakan simbolik kepada pengalaman seksual yang pernah dialami seseorang.
Rentetan itu, ruangan balas Zoey dihujani dengan pelbagai komen netizen termasuk ada yang mendakwa mengaku pernah mempunyai hubungan dengan aktor tersebut.
Malah, ada juga yang terkejut melihat jumlah garisan merah milik Zoey begitu banyak selain berpendapat perkongsian itu sekadar gurauan tanpa membawa sebarang maksud tersirat.
Sumber: TikTok