Zoo Negara berkongsi khabar duka apabila Orang Utan Sumatra yang bernama Rokiah dilaporkan telah meninggal dunia pada tahun lepas.

Artikel Berkaitan: Penyampai Berita TV3 Selamat Bernikah, Pilih Zoo Negara Sebagai Lokasi Perkahwinan

Artikel Berkaitan: Zoo Negara Bakal Lancarkan Konsep Zoo Maya

Rokiah meninggal dunia

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, individu bernama Azwa berkongsi tangkap layar yang memaparkan perbualannya bersama akaun rasmi Instagram Zoo Negara.

Dalam perbualan itu, Azwa bertanya tentang keberadaan Rokiah selepas menyedari bahawa gambar terkini keluarga Orang Utan tidak mempunyai gambarnya.

Betul ke Rokiah sudah tiada?

Tidak berdiam diri, Zoo Negara mengesahkan Rokiah telah menghembuskan nafas terakhir pada 2025.

Ye betul, dah meninggal dunia.

Sebelum ini, tular satu muat naik yang mendakwa Rokiah sudah meninggal ekoran gambarnya tiada dalam Keluarga Orang Utan di Zoo Negara.

Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa sebak apabila mendapat tahu tentang berita sedih itu.

Netizen sedih

Sumber: Threads