Rezeki mencurah-curah buat pelakon Zul Ariffin apabila bakal kembali ke Rumah Allah bagi menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada 10 Jun ini.
Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Bakal Pindah Ke Mekah Tahun Hadapan
Dulu tengok kat televisyen saja
Ketika ditemui OhBulan!, Zul berasa teruja kerana selama ini hanya dapat menonton jutaan jemaah haji di kaca televisyen.
Pada awalnya, saya rancang untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri di Tanah Suci. Tapi, disebabkan saya terikat dengan penggambaran, jadi, tak dapatlah ke sana. Tak sangka dapat pula rezeki untuk menunaikan haji.
Saya rasa teruja. Sebelum ini pergi umrah pun teruja juga cuma haji lautan manusianya kita tak tengok lagi macam mana.
Kalau dulu tengok dalam televisyen, sekarang kita rasai pengalaman menunaikan haji itu sendiri.
Zul berkata demikian ketika ditemui lawatan media ke set penggambaran filem Syerif arahan Syafiq Yusof di Lapangan Terbang Lama Sungai Besi, pada malam Isnin.
Tangguh projek kerja
Kata aktor berumur 37 tahun ini, dia sepatutnya berangkat awal ke Makkah namun terpaksa menunda tarikh ke minggu kedua kerana masih berbaki tuntutan kerja.
Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.
Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena laju juga sebab saya ada baki lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak.
Dalam pada itu, pemilik nama Zulkifli Ariffin menyifatkan jemputan menjadi tetamu Allah ini tidak boleh dilepaskan justeru dia sanggup menangguhkan beberapa projek.
Saya dapat jemputan untuk mengerjakan haji (rasanya cara VIP), jadi saya pergi dengan kumpulan saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.
Sebenarnya, saya ada projek tetapi terpaksa ditunda sebab nak mengerjakan haji.
Sekadar makluman, pelakon filem Sangkar ini sudah tiga kali menunaikan umrah sejak Ogos tahun lalu.
Sumber: Instagram