

Fail Mahkamah, program dokumentari siasatan di TV3, bakal menyiarkan dua episod istimewa yang merungkai secara mendalam kes tragis Zulfarhan Osman, yang kini masih menjadi tumpuan ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Surat Layang Tak Viral Dalam Group WhatsApp, Arwah Mungkin Dapat Diselamatkan’ – Bapa Zulfarhan
Artikel Berkaitan: Kes B*nuh Zulfarhan: Mahkamah Ketepikan Hukuman G*ntung Sampai M*ati, Enam Bekas Penuntut UPNM Kekal Dihukum Penjara 18 Tahun
Proses perbicaraan
View this post on Instagram
Dokumentari ini bukan hanya mengimbas kronologi kes, tetapi juga menampilkan analisis terperinci, menjadikannya dokumentari pertama di Malaysia yang mengupas secara menyeluruh perjalanan kes ini sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan.
Episod khas ini bakal menjelaskan secara mendalam fakta berkenaan kronologi kejadian, punca kematian, serta proses perbicaraan yang membawa kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Julai 2024.
Keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak hukuman pemenjaraan 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan sebaliknya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam Orang Kena Tuduh (OKT), telah menjadi titik penting dalam kes ini lantas mencetuskan perbincangan meluas dalam kalangan masyarakat terutamanya di media sosial.
Analisis mendalam

Melalui penyampaian yang komprehensif dan berpandukan fakta, dokumentari ini bukan sahaja membincangkan bukti-bukti penting dan keterangan saksi, tetapi juga memberikan analisis mendalam dan gambaran lengkap tentang cabaran pihak pendakwaan dalam menegakkan keadilan serta dinamika antara strategi pembelaan dan penemuan bukti sepanjang proses perbicaraan.
Ia turut memperlihatkan bagaimana perubahan perspektif terhadap bukti dan dakwaan membuka peluang untuk penilaian semula kes ini sekali gus memberi ruang kepada pemahaman yang lebih jelas mengenai kompleksiti kes ini serta impaknya terhadap sistem perundangan negara.
Saksikan imbasan terperinci ‘Zulfarhan: 19 Lawan 1’ menerusi program Fail Mahkamah pada jam 9 malam ini diikuti episod seterusnya pada 26 Mac 2025, di TV3 dan boleh distrim langsung melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

