berita

’11 Bulan Aku Sabar, 11 Bulan Aku Tahan Rindu’

July 14th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam viral di laman sosial pergaduhan kecil antara seorang lelaki dan bekas isteri dipercayai akibat berebutkan hak penjagaan anak. Di dalam video berdurasi 2 minit 47 saat itu, lelaki tersebut cuba memujuk bekas isteri meminta izin untuk berjumpa anak namun dihalang sebelum bertengkar.

Lebih 4k perkongsian, luahan lelaki ini mendapat perhatian netizen.

‘Ya Allah sedihnya dengan perangai kau’

Tak perlu kata apa-apa. Nilai kan sendiri. Aku datang dengan niat yang baik demi anak-anak aku. Inikah balasan yang aku terima. Perintah mahkamah sudah memutus hak aku untuk bersama dengan anak-anak. Tapi ko tetap dengan kedegilan. Ya Allah sedihnya dengan perangai ko. Semoga kau dapat hidayah..
#hariniabamtisusikit sebab kena sepak.
Aizad Rosli II
Atol Mokcun

’11 bulan aku sabar, tahan rindu’

11 bulan aku sabar, 11 bulan aku tahan rindu, 11 bulan aku curi-curi tengok anak-anak aku. Hari ini aku dapat perintah mahkamah 5.7.2018 kes selesai. Beliau sendiri tahu mahkamah dah putuskan.. 7.7.2018 aku pergi mahkamah tanya lagi. Mahkamah cakap Jumaat 13.7.2018 tuan Aizad boleh datang mahkamah ambil surat perintah. Jadi aku kuar je mahkamah aku terus whatsapp ex aku bagi tahu. Yang aku nak ambil anak-anak bawak balik kampung jumpa opah. Kebetulan musim buah tahun ni.. Whatsapp tersebut di baca oleh ex tapi ex buat bodo je. 13.7.2018 hari ini aku pergi ke mahkamah lepas Jumaat.. Untuk dapatkan surat perintah dengan niat hari ni aku dapat jumpa dan peluk anak-anak aku. Harap ex bertimbang rasa. So aku pergi dengan niat yang baik siap botak kan kepala lagi sebab bersyukur sangat-sangat. Akhirnya begini jadinya. Kita faham kalau tak kasi pun. Bagi la aku peluk cium anak-anak aku.. Last aku jumpa anak-anak puasa ke 3 pergi hantar baju raya. Lepas tu tak jumpa-jumpa dah. Sampai la 5 haribulan 7 hari tu dia bawak g mahkamah yang perempuan tu. Yang kecil tak bawak. Tadi aku nak sangat peluk yang kecil tu. Sedih tengak my hero dalam keta dok tengok je papanya. Kalau kau benci aku pon. Jangan la ko pisahkan aku dengan anak-anak aku. Mereka tak berdosa pon.. Semoga Allah beri hidayah kepada kau balkisyh.

Sumber : Aizad Rosli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×