berita

2NE1 Bakal Gegar Malaysia Disember Ini!

October 19th, 2012 | by Ai
Hollywood

Pada 8 Disember 2012 ini bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor, bakal berlangsungnya konsert ‘2NE1 Global Tour 2012 in Malaysia – New Evolution.’

Menerusi konsert ini, ia bakal membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 ke Malaysia dan ini merupakan konsert pertama mereka di negara ini. Kumpulan ini dianggotai oleh emapt orang gadis jelita iaitu, CL, Dara, Bom dan juga Minzy.

Menerusi konsert penjelajahan ini, secara tidak langsung ia menjadikan 2NE1 sebagai kumpulan gadis Korea pertama yang mengadakan konsert jelajah dunia dan mereka juga terkenal menerusi genre muzik Edgy serta gaya fesyen yang unik.

Menurut Pengarah Kreatif The Sun, Beatrice Chia Richmond, pihaknya begitu teruja membawa masuk kumpulan 2NE1 ke Malaysia untuk konsert pertama mereka kerana kumpulan ini merupakan salah satu kumpulan gadis K-Pop yang terkenal. Pihaknya juga bakal menjanjikan sebuah konsert yang hebat menerusi persembahan visual yang berkualiti serta mencipta sebuah senario muzik di Asia hingga ke tahap yang lebih tinggi.

2NE1 Global Tour 2012 sebelum ini telah memulakan evolusinya di Seoul, Korea iaitu pada 28 dan 29 Julai lalu di Stadium Olimpik Seoul. Menerusi konsert tersebut, ia telah mencapai hampir 20,000 peminat dan seterusnya akan dibawa menjelajah ke 10 bandar seluruh Asia termasuk Amerika dan Eropah.

Bagi semua peminat kumpulan 2NE1, jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket konsert yang akan dijual mulai 27 Oktober 2012 ini.

SKIP THIS AD ×