
Selepas 14 tahun bersama, hubungan cinta antara anggota kumpulan Girls’ Generation, Choi Sooyoung dan pelakon Jung Kyung-ho akhirnya menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: Peminat Syak Jungkook BTS & Winter Aespa Putus Cinta?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lisa Blackpink Jalan Seorang Diri Di Itali, Netizen Spekulasi Putus Cinta Dengan Frederic Arnault?
Sooyoung, Jung Kyung-ho putus cinta

Perkara itu disahkan oleh agensi Sooyoung, yang memaklumkan bahawa pasangan selebriti tersebut baru-baru ini mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan punca pasangan tersebut berpisah.
Tidak dinafikan, berita tersebut mengejutkan ramai pihak kerana Sooyoung dan Jung Kyung-ho sering dianggap sebagai antara pasangan selebriti paling lama dalam industri hiburan Korea Selatan.
Sebelum ini, timbul khabar angin mengenai perpisahan mereka apabila Sooyoung dan Kyung-ho didapati tidak saling mengikuti akaun media sosial masing-masing.
Untuk rekod, pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta pada September 2012 sebelum mengesahkan percintaan mereka kepada umum pada Januari 2014.
Sepanjang hubungan tersebut, kedua-dua mereka terbuka berkongsi kemesraan dan hubungan mereka menerusi pelbagai temu bual serta program televisyen.
Sumber: Korea Times







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
