berita

Adlin Aman Ramlie Nak Saman Penerbit Saloma

October 8th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

adlin 1

Siapa kat sini dah tonton filem Saloma Biopic arahan Melissa Saila? Hah?! Tak tengok lagi? Hmm rugi kalau tak tengok. Lakonan Nabila Huda dalam filem ni memang mantap!

Tapi sejak ia ditayangkan, kontroversi mengenai watak AR Tompel yang dikatakan memberi gambaran negatif dan tak tepat sering menjadi bualan.

Jika sebelum ini cucu kepada Saloma iaitu Arzanee Armalie mendakwa imej keluarganya tercalar dek kerana fakta cerita yang tak tepat, hari ini giliran Adlin Aman Ramli selaku anak pula bersuara.

saloma

Melalui laporan Harian Metro, Adlin mengakui kesal kerana filem Saloma Biopic telah memaparkan Allahyarham bapanya secara prejudis tanpa merujuk kepada semua warisnya.

Malah, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap produksi dan penerbit filem itu esok.

Saya amat kecewa dan terguris kerana orang di sebalik naskhah itu dekat dan rapat dengan saya tetapi mengapa mereka memilih untuk memaparkan Allahyarham bapa secara prejudis tanpa merujuk kepada semua warisnya terlebih dahulu

Paparan sikap hitam yang digambarkan terhadap Allahyarham bapa adalah satu eksploitasi yang jelas dan meninggalkan kesan negatif kepada penonton. Ia bukan saja prejudis, tidak adil dan berat sebelah, malah mempunyai niat tertentu untuk memburukkan Allahyarham.

Saya mewakili keluarga mengutuk sekeras-kerasnya paparan yang diberikan kepada Allahyarham dalam telefilem itu. Ia jelas sekali menunjukkan individu di sebalik pembikinan karya itu tidak bertanggungjawab kerana paparan negatif itu diambil berdasarkan cerita sebelah pihak tanpa merujuk kepada waris.

10653619_560878967351314_362697976834842712_n

Hmm, yang menjadi persoalan kami, babak mana yang tak betul dalam filem tersebut. Iyalah, Melissa kan anak saudara Saloma, takkan ada babak yang tak betul pula.

Jika benar dakwaan Adlin ini, adakah Melissa bakal disaman? Kita tunggu dan lihat sajalah. Mungkin ibu Adlin, Ruminah Sidek dan ibu Melissa, Mariani boleh bertemu dan berbincang dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Betul tak?

Maklumlah, mereka sama-sama membesar dalam industri, pasti kedua-duanya lebih arif. Apapun, kami tetap harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

SKIP THIS AD ×