berita

[VIDEO] ‘Gelaran Ni Macam Mana Kau Dapat?’ – Adlin Aman Ramli Persoal Gelaran Ustaz Tido

July 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sejak akhir-akhir ini, seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ustaz Tido dilihat sering mengadakan sesi siaran langsung bersama-sama artis terkenal seperti Fad Bocey, Achey, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Sesi siaran langsung itu dilihat berjaya menarik ribuan tontonan kerana konten yang dilakukan mereka sangat bermanfaat disamping mampu membuat penonton ketawa terbahak-bahak.

Artikel Berkaitan: Meriah Sambutan Hari Jadi BCL, Netizen Pertikai Cara Berdoa – ‘Islam Ke Apa Ni?’

Adlin pertikai gelaran Ustaz Tido?

Terbaru, pelakon Adlin Aman Ramli yang turut serta melakukan sesi siaran langsung bersama Ustaz Tido mempertikaikan gelaran ‘ustaz’ yang digunakan pempengaruh media sosial berkenaan.

Menerusi potongan video yang tular, pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu bertanyakan tahap pendidikan agama yang ada pada Ustaz Tido sehinggakan mampu untuk memberi ceramah agama di dalam media sosial.

Gelaran ni, gelaran ustaz ni mana kau dapat? Sekolah agama mana? Sekolah rendah ke sekolah menengah?

Level apa agama kau sampai kau dapat ustaz ni?

Mendengar kepada persoalan diajukan anak kepada pelakon Allahyarham A.R Tompel itu, Ustaz Tido atau nama sebenarnya Khailil Razak memaklumkan bahawa dia mempunyai kelulusan sijil ‘Thanawi’ daripada sebuah sekolah agama di Johor sekali gus mengaku dirinya layak bagi membawa gelaran tersebut.

Saya sekolah agama di Johor, ada kelulusan ‘Thanawi’.

Video yang tular itu turut mendapat respon yang pelbagai dari wargamaya.

‘Lama dah aku persoal’

Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang bersetuju dengan tindakan Adlin yang mempersoalkan gelaran ustaz yang digunakan Khailil.

Mereka berpendapat bahawa gelaran ustaz ini tidak boleh diguna pakai dengan sewenang-wenangnya.

‘Dia memang ustaz, selalu tolong orang’

Dalam pada itu, ada juga yang mempertahankan Ustaz Tido dan memaklumkan bahawa pempengaruh itu merupakan seorang guru di sebuah sekolah agama dan sering membantu mereka yang memerlukan di media sosial.

Difahamkan, Ustaz Tido gemar membantu serta memberikan sumbangan kepada para penjual yang berniaga menerusi sesi siaran langsung di media sosial.

Mereka juga memaklumkan bahawa kedua-dua individu terbabit hanya berrgurau antara satu sama lain demi menjayakan konten mereka di media sosial.

Video

@malaysiakantoi Ustaz Tido menerima kecaman netizen. Pelakon Adlin Aman Ramli turut sekolahkan Ustaz Tido atas gelaran ‘ustaz’ yang dibawanya menjadi sangsi terhadap netizen hanya ingin membawa kepada keuntungan peribadi. #berita #news #trending #malaysiakantoi #kantoi #viral #masukberanda #fyp #fyp #terkini #masukberanda ? Oh No – Kreepa

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×