berita

Aizat Hanya Anggap Yuna Sebagai Kakak Sendiri

June 20th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Black Box-9

Isnin lalu OHBULAN! ada melaporkan berita mengenai khabar angin yang mengatakan kononnya penyanyi terkenal, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai sedang bercinta dengan jurufoto, Julian Schratter.

Berikutan khabar angin tersebut, terdapat segelintir peminat melahirkan rasa kecewa kerana bagi mereka Yuna lebih sesuai jika disatukan dengan Aizat Amdan berbanding Julian.

Hal ini mungkin disebabkan oleh keserasian yang ditonjolkan oleh kedua-dua penyanyi tersebut menerusi lagu dan video klip terbaru mereka berjudul Dwihati.

Aizat & Yuna

Artikel Berkaitan :

Susulan kenyataan yang dilahirkan oleh peminat, OHBULAN! telah berpeluang untuk bertanya sendiri kepada Aizat dan mendapatkan respon penyanyi tersebut berhubung isu berkaitan.

Menurut Aizat, dia hanya menganggap Yuna sebagai kakaknya sendiri dan dalam masa yang sama, dia sangat seronok kerana dapat bekerjasama dengan penyanyi wanita tersebut. Bagi Aizat, mereka mempunyai pendapat dan minat yang sama dalam muzik.

Kami berdua memang OK je. Kami memang profesional. Saya anggap dia (Yuna) macam kakak saya dan buat masa sekarang memang kami tak ada apa-apa. Dia pun dah anggap saya macam adik dia sendiri.

Saya memang suka dia punya muzik, jadi kami bersetuju untuk bekerjasama sebab kami sekepala. Saya betul-betul hargai bakat yang ada pada dia dan begitu juga dengan dia.

Seronok juga sebab keluarga dia pun rapat dengan keluarga saya. Senanglah untuk bekerjasama sekali. – Ujar Aizat sewaktu bertemu di pelancaran album sulung kumpulan Go Gerila! petang semalam.

Black Box-15

Aizat menunjukkan CD album sulungnya bersama kumpulan Go Gerila!

Mengulas lebih lanjut mengenai respon peminat yang ingin melihat Aizat dan Yuna bersatu, bagi penyanyi ini dia sendiri lebih selesa menganggap Yuna sebagai sahabat baik dan untuk bercerita soal jodoh, dia hanya berserah kepada ketentuan Allah s.w.t untuk menentukan segalanya.

Kalau macam itu kena buat drama atau filem, biar kami berlakon.

Bagi saya, kalau nak cakap tak akan ada apa-apa itu macam kasar sangat, lagipun perkara macam ini Tuhan yang tentukan. Saya hormat dia sebagai ahli muzik dan bakat yang dia ada. Alhamdulillah, hubungan kami setakat ini pun memang baik. Saya bersyukur ada kawan sehebat dia.

Memandangkan Yuna dan Aizat adalah sahabat baik, maka timbul juga persoalan adakah penyanyi lelaki ini pernah bertemu dengan jejaka mat salih yang digosipkan dengan penyanyi wanita terbabit dan apakah pendapat Aizat mengenai hubungan mereka berdua?

Tak pernah bersua secara dekat, cuma pernah terserempak sekali. Itu pun masa Shout Awards yang lalu.

Itu semua ketentuan Allah. Saya cuma bersyukur dan doakan agar mereka gembira. Kalau betul ada apa-apa dan nak kahwin nanti, jemputlah. – Komen Aizat sambil tergelak.

Beralih kepada ciri-ciri wanita pilihan, Aizat akui dirinya adalah seorang yang sangat keras kepala dan susah untuk difahami, oleh itu penyanyi ini mencari seorang wanita yang mampu memahami serta bertahan dengan semua kerenahnya. Aizat turut akui tidak meletakkan sesuatu ciri istimewa buat wanita pilihan.

Black Box-6

Aizat bersama ahli kumpulan Go Gerila!

Merujuk perkembangan terbaru, Aizat baru sahaja melancarkan album sulungnya bersama kumpulan Go Gerila! berjudul Blackbox. Album ini mengandungi tujuh buah lagu iaitu Biso Bonar, Perjalanan, Hadiah, Pemergian, #1, Cinta Kristal dan Blackbox sendiri.

Secara umumnya, Go Gerila! dianggotai oleh enam orang ahli iaitu Aizat Amdan, abangnya Anas Amdan, Amir Jahari, Ashroff Shariff (gitar utama), Ruviyamin Ruslan atau Ruvi (dram), serta Mohamad Firdaus atau Pito selaku pemain gitar bass.

Berikut OHBULAN! lampirkan beberapa foto Aizat bersama kumpulan Go Gorila! yang sempat lensa kamera kami rakamkan sekitar pelancaran album mereka petang semalam.

SKIP THIS AD ×