berita

Alami Lukisan Muka Dengan ‘Glitter’ & Nikmati Lebih 30 Gerai Jualan Makanan Di RIUH

December 23rd, 2017 | by Epul
Make-It-Senang

Pejam celik pejam celik, lagi berapa hari je nak masuk tahun baru 2018. Mesti ramai tengah bercuti sakan dengan family, ala maklumlah cuti sekolah kan! Well, kalau ada yang takde pergi mana tu, apa kata datang RIUH pada 31 Disember ni di lokasi tajaan APW, Jalan Riong, Bangsar. Apa ada kat sana?

Haa, masa ni lah nak riuhkan hujung tahun korang dengan family dan orang tersayang sebelum masuk tahun baru! Bermula jam 4 petang hingga 12 pagi, korang boleh enjoy dengan pelbagai jualan makanan, persembahan untuk sajian halwa telinga dan aktiviti menarik untuk seisi keluarga!

Nak tau lebih lanjut tentang apa yang menarik untuk RIUH kali ni? Jom kita baca…

30 gerai makanan untuk dicuba. Macam-macam ada!

Bila datang event macam RIUH, tak sah kalau tak cuba makanan yang terjual kat sana. RIUH kali ni menawarkan lebih 30 gerai makanan yang boleh korang cuba… Banyak gila! Trylah makanan dari burger, nachos, segala macam jenis pasta dan banyak lagi! Oh, ada jugak pilihan minuman yang cool-cool untuk hilangkan dahaga tekak korang!

Kaki makan atau food hunter memang patut datang RIUH kali ni, sebelum habis tahun 2017! Ajak kawan-kawan semua! Kalau ada yang suruh diet, jap diet tu apa eh?

Ada kawasan Indoor Picnic. Boleh lepak santai dengan kawan-kawan!

Haa, memandangkan ada banyak jualan makanan untuk RIUH kali ni, memang sesuai lah bila diorang sediakan kawasan indoor picnic khas untuk pengunjung. Korang boleh lepak, makan dan minum sambil borak dengan kawan-kawan kat situ! Bila lagi kan nak spend masa hujung tahun yang tinggal berapa hari ni dengan yang tersayang kan?

Lebih 10 persembahan muzik dan tarian secara langsung untuk tontonan korang

Dah makan, minum, lepak, takkan takde hiburan? Mesti ada! RIUH dah prepare untuk korang semua lah! Ada lebih 10 persembahan muzik dan tarian secara langsung untuk tontonan korang. Haa, kalau nak tau, semua persembahan secara langsung ni disokong oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) tau! Mesti best kan?

Sambil korang lepak, layan persembahan diorang ni, confirm enjoy habis dengan family atau kawan-kawan. Hmm, siapa yang akan ada buat persembahan nanti?

Ada Nickyta & Co

Nadir Music

Ryot Jones

Meruked

Public School

Sate Dance dan banyak lagi!

Instalasi Seni oleh Make It Happen

Siapa yang kreatif dan minat dengan dunia seni, aktiviti Make It Happen yang ada di RIUH kali ni memang sesuai untuk korang belajar proses disebalik penghasilan seni. Make It Happen juga menyediakan platform untuk mendidik orang ramai tentang apa yang perlu untuk merealisasikannya. Hebat kan?

Pendek kata, Make It Happen ni sesuai untuk semua dari pelajar, pendidik dan pengamal dalam industri kreatif supaya korang lebih memahami proses dan boleh mempraktikkannya secara profesional. RIUH menjemput orang-orang hebat dalam industri, seperti:

Nawwar Shukriah Ali

Orang

Aleff Ahmad

Tak sabarnya nak explore dunia seni!

Penampilan istimewa, stilt walkers dengan aksi lucu mereka

Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, mesti ramai di antara korang akan bawak anak kan? Guess what? Korang akan nampak banyak stilt walkers yang kelakar di RIUH! Tak kering gusi anak-anak korang nanti melihat telatah dan kecomelan stilt walkers tu beraksi. Jangan lupa, ambik belon percuma kalau diorang bagi tau!

Nak sesuatu yang luar biasa? RIUH bawakan lukisan muka dengan ‘glitter

Haa, kalau datang RIUH kali ni, ada aktiviti melukis muka dengan kesan ‘glitter‘! Tak silap, ini lah pertama kali aktiviti sebegini diadakan, memang menarik habis! Hias la muka korang dengan corak ikut kreativiti, ikut suka lah!

Bila lalu tepi sesiapa, haa nampak la hiasan tu semua berkilau kat muka korang! Best kan? Ambik gambar dan upload dalam akaun media sosial korang okay!

Acara yang ditunggu-tunggu, countdown!

Nak masuk tahun baru, mesti ramai suka buat countdown kan? Kalau biasa korang pergi countdown Dataran Merdeka, cuba rasai macam mana pengalaman countdown kat RIUH pulak! Stay sampai pukul 12 dengan kawan-kawan, tunggu pengumuman dari emcee dan siap sedia untuk kira detik terakhir sebelum masuk tahun baru!

Excited nak pergi tapi malas nak drive dan cari parking? Naik GRAB je!

RIUH sangat memahami permintaan korang… Tau-tau je lah kan bila weekend, jalan sesak, parking pun penuh, malas nak hadap semua tu! Apa kata korang naik GRAB je… Guna kod promo “GRABRIUH” dan korang boleh enjoy diskaun RM8 untuk 2 trip! Jimat duit korang pergi dan balik ke RIUH kan?

Cepat, promo ni hanya boleh ditebus untuk 500 pelanggan pertama saja!

Amacam? Menarik kan? Admin dah kata, banyak gila aktiviti menarik korang boleh layan dari 4 petang hingga 12 pagi pada RIUH kali ni. Jangan lupa datang RIUH pada 31 Disember 2017 di lokasi tajaan APW, Jalan Riong, Bangsar nanti ya! Ajak kawan-kawan dan family semua tau. Jumpa kat sana!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×