berita

Allah Sayang Kita Sebab Tu Dia Uji Kita – Almy Nadia

February 13th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Almy Nadia

Susulan daripada berita pertunangan pelakon terkenal Fizz Fairuz bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Azlyn Massiela Mohd Nazar pada 10 Februari lalu, akters cantik, Almy Nadia telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sendiri mengetahui berita tersebut, akan tetapi enggan menceritakan lebih lanjut mengenai isu berkenaan.

“Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia (Fizz) kenapa dia bertunang dan kenapa kami berpisah.”

Walau bagaimanapun, menerusi laman Facebook Almy Nadia sendiri, pelakon ini telah memuat naik status yang menunjukkan bahawa dirinya sangat mengharapkan sokongan daripada peminat-peminat untuk dirinya terus kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan seharian.

Almy Nadia

Dalam pada itu, ramai juga peminat-peminat yang mendoakan agar Almy mendapat insan yang lebih baik selepas ini dan ibu Almy sendiri turut memberikan kata-kata semangat buat pelakon tersebut.

Facebook Almy Nadia

Facebook Almy Nadia

Almy Nadia

Sumber : Facebook & Twitter Almy Nadia

SKIP THIS AD ×