berita

‘Alhamdulillah… Sekarang Anak-Anak Saya Beransur Pulih’ – Fizz Fairuz

January 8th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon jelita Datin Almy Nadia mendedahkan empat anak mereka dikejarkan ke sebuah hospital selepas mengalami muntah dan cirit birit yang berlarutan akibat Rotavirus.

Artikel Berkaitan: Almy Nadia Saksi Peritnya Suami Nak Siapkan ‘Mat Tudung Begins’ – ‘Lapan Tahun Dia Pendam…’

Semakin pulih

Terbaharu, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan keadaan anak-anaknya kini semakin pulih selepas mendapatkan rawatan daripada doktor.

Menurut Fizz, anak ketiga dan keempat paling awal dimasukkan ke hospital sebelum anaknya yang lain. Malah, keadaan bongsunya yang paling teruk sekali berbanding yang lain.

 Alhamdulillah… sekarang anak-anak saya beransur pulih. Sebenarnya anak ketiga dan keempat yang awal-awal sekali dimasukkan ke hospital.

Tapi yang teruknya nombor empat dan selepas itu baru berjangkit kepada anak ketiga. Sekarang anak pertama dan kedua pun beransur pulih.

Tambah Fizz, anak keduanya dalam pemantauan doktor kerana dia masih mengalami sakit perut dan kurang selera makan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 44 tahun itu, meminta agar orang ramai mendoakan keadaan anak-anaknya semoga semakin pulih.

Mereka dalam proses untuk kurangkan muntah dan cirit birit. Doktor juga sedang pantau anak kedua sebab perut masih sakit.

Mereka sedang tengok keadaannya macam mana. Sebabnya dia dah kurang makan dan dimasukkan air bagi betulkan semula usus.

Hari ini hari ketiga, alhamdulillah… nampaknya ada kurang sakit. Insya-Allah minta ramai-ramai doakan supaya mereka cepat sembuh. Apapun keadaan mereka stabil.

Terdahulu, Fizz dan keluarganya baru saja pulang dari mengerjakan ibadah umrah dan sepanjang di sana keadaan mereka baik-baik saja.

Namun, beberapa hari selepas pulang ke Malaysia, anak bongsunya Nur Afrina Aisyah terlebih dahulu mengalami muntah dan cirit birit selama empat hari sebelum ia berjangkit kepada adik beradik yang lain.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×