berita

Amir Jahari Mahu Berkahwin Tahun Ini?

June 7th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Amir Jahari

Mesti ramai yang tak tahu Amir Jahari dah bertunang kan? Sebenarnya penyanyi dan komposer ini telah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita kelahiran Sarawak pada 1 Januari tahun lepas.

Menurut Amir, hubungan mereka sudah terjalin selama lima tahun sejak di bangku sekolah lagi. Amir yang baru berusia 21 tahun turut menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumahtangga secepat yang mungkin.

Saya sudah bertunang lebih setahun dan kami merancang untuk berkahwin pada tahun ini jika perancangan dan jodoh kami dipermudahkan.

Kami berkenalan sejak zaman sekolah lagi tetapi dia adalah senior saya iaitu 5 tahun lagi tua daripada saya dan kini usianya 26 tahun.

Amir menceritakan kepada portal Murai detik perkenalan dengan wanita yang dikenali sebagai Cik Amni itu bermula apabila Amni sering membantunya dalam pelajaran di sekolah dan sejak itu mereka menjadi rapat.

Bagi yang tak tahu, Amir ini adalah bekas peserta Akademi Fantasia 9 sebelum Aizat Amdan mengambilnya untuk bernaung di bawah label Kasi Gegar Entertainment (KGE).

Dalam perkembangan lain, Amir juga dikatakan bakal mengadakan beberapa jelajah ke seluruh negara bagi mempromosikan album terbarunya tak lama lagi.

Sementara tu, jom tonton MV rasmi lagu popular Amir Jahari berjudul Penghibur Jalanan di bawah ini.

SKIP THIS AD ×