berita

‘Anak Saya Tak Bagi Isi Minyak’- Dulu Jutawan, Punyai Aset Lebih RM4 Juta. Tapi Bila Diagihkan Pada Anak-anaknya..

December 12th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Sangat sedih apabila melihat nasib ibu bapa punyai anak yang tak mengenang jasa. Ketika kecil dijaga dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Tetapi bila anak sudah berjaya serta punyai kerja, segala pengorbanan kedua orang tua seperti tiada nilai apa-apa.

Ini yang berlaku kepada seorang bapa yang menghidap penyakit ahmar ini. Daut @ Kassim Jali (84 tahun) sebelum ini berstatus jutawan apabila dikatakan memiliki aset bernilai lebih 4 juta. Namun, bila diagihkan kepada semua tujuh orang anaknya, lain pula terjadi.

Anak tak jalan tanggungjawab, lupa jasa

Foto kredit: Mstar

Daut pernah berstatus jutawan dan telah mengusahakan pelbagai perniagaan termasuk memiliki tiga setesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam serta beberapa aset lain yang kesemunya bernilai lebih RM4 juta.

Namun menurut Daut, selepas diagihkan harta kepada tujuh anaknya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan, perkara sebaliknya terjadi. Daut mendakwa kesemua anaknya bukan sahaja ‘lupa daratan’ malah turut mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya.

Oleh itu, Daut terpaksa mengharapkan ihsan daripada anak-anak tiri dan isteri kedua yang kini menetap di Masjid Tanah.

Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya. Nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan kesihatan saya kini.

Saya tidak mahu mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada anak-anak, cuma melahirkan perasaan kecewa, macam ini balasan mereka kepada saya.

Tambah Daut, anak-anaknya sudah dua tahun tidak datang melawat, malah ketika mengerjakan umrah sebelum ini pun tidak datang berjumpa.

Ingat lagi satu ketika sewaktu kereta habis minyak, saya ke stesen minyak yang diusahakan anak tetapi tidak diendahkan. Anak saya tak bagi saya isi minyak. Dua jam saya tunggu, dimakinya pula. Padahal stesen itu saya yang usahakan dulu.

Hilang sumber pendapatan

Peguam kepada Daut, Mohd. Adli Ithnin berkata, Daut pernah memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada tiga tahun yang lalu serta berjaya peroleh hak untuk menguruskan ladang ternakan ayam di atas dua lot tanah.

Malangnya pada September lalu, anak-anaknya mengambil kedua-dua lot tanah tersebut dan juga perniagaan ayam menyebabkan beliau kini tiada lagi sumber kewangan.

Sedangkan pada masa kini beliau terpaksa membeli keperluan makanan, ubat-ubatan, lampin pakai buang serta perbelanjaan lain yang kesemuanya berjumlah hampir RM4,000.

Justeru, dia akan memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya.

Kami harap perkara ini dapat diselesaikan. Kasihan melihat nasib Daut diperlakukan sebegini, tambahan lagi dari anak-anaknya sendiri.

Sumber: Mstar

Save

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×