
Pelakon Raf Yaakob mendakwa beberapa individu masih belum melangsaikan hutang yang tertunggak.
Artikel Berkaitan: Raf Yaakob Dedah Abang Selebriti Antara Mengelat Bayar Hutang, Lebih RM1 Juta Jumlah Belum Dapat – ‘Saya Rasa Dianiaya’
Artikel Berkaitan: Raf Yaakob Terbuka Beri Pasangan ‘Password’ & Akses Media Sosial – ‘Tiada Apa Nak Sorok, Itu Cara Saya Bina Kepercayaan’
Raf Yaakob tuntut hutang

Menerusi perkongsian di Threads, Raf memaklumkan bahawa dia telah mengeluarkan surat tuntutan undang-undang (LOD) kepada individu yang terlibat untuk menuntut bayaran yang tertunggak.
Lama Raf senyap. Okay nak update. LOD dah siap. Raf bagi pihak-pihak yang hutang Raf tu bayar pada akhir bulan ini.
Bagaimanapun, Raf memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan identiti pihak terlibat di media sosial sekiranya mereka masih gagal melunaskan hutang selewat-lewatnya pada hujung April ini.
Diorang tak bayar, Raf tepek LOD dekat sini. Korang semua akan tahu siapa.
Menjengah ke ruangn komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Raf dan mendoakan agar segala urusan tuntutan hutang itu dipermudahkan.
Sumber: Threads Raf Yaakob





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

