berita

Apex & Leuniey Bakal Dapat Anak Kembar?

November 6th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Leuniey 11

Pasangan suami isteri mana tidak gembira jika dikhabarkan bakal menerima cahaya mata kembar, tambahan pula bukan semua pasangan yang sudah berkahwin bernasib baik menerima anak kembar seperti pasangan selebriti terkenal, Sazzy Falak dan Nazril Idrus.

Bercerita mengenai soal ini, OHBULAN! ada terbaca di laman sosial pemain bola sepak negeri Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra disapa sebagai Apex, dikatakan bakal meniimang cahaya mata dipercayai kembar tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan :

Leuniey 12

Apex nafi Leuniey hamil anak kembar

Khabar angin tersebut timbul apabila salah seorang pengikut laman sosial Apex mengucapkan tahniah kepada pemain bola sepak itu dengan komen berbunyi :

@fahmiapexs tahniah bro dapat anak kembar :-)

Ucapan tahniah tersebut bagaimanapun telah mengundang pelbagai spekulasi di kalangan peminat Apex sehingga ada yang bertanya, adakah isterinya, Leuniey telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka?

Menerusi laman sosial yang sama, Apex telah membalas ucapan tahniah tersebut dengan mempersoalkan semula bagaimana isu sebegitu boleh timbul sekaligus menafikan khabar angin tersebut.

Apex

Tidak kisahlah sama ada dapat bayi kembar ataupun tidak, diharapkan semoga Leuniey dan bayi dalam kandungannya sihat.

Sebagai rujukan, Leuniey kini sedang hamil enam bulan dan dijadual bakal melahirkan cahaya mata sulung mereka pada awal Februari tahun hadapan.

Untuk makluman, Apex dan Leuniey Natasha telah selamat diijabkabulkan pada 28 Disember 2012 di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Bagi semua peminat Apex, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto terbaru Leuniey dan Apex untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Leuniey Natasha

SKIP THIS AD ×