berita

Azwan Ali Disihir Artis Bapok Tua Bernama J

February 16th, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-02-16 at 11.26.38 AM

Fuh. Terkejut juga kami apabila menonton Melodi semalam. Dalam diam-diam rupanya artis sensasi tanah air ini menderita sakit kerana perbuatan sihir.

Malah, Azwan Ali turut memberitahu ‘clue’ mengenai individu yang menganiayanya itu. Katanya dia dikenakan ilmu hitam oleh seorang selebriti lelaki berperwatakan lembut yang agak berusia dinamakan sebagai J. Siapa agaknya ya?

Azwan Ali Pernah Disihir Guna Ular Jadian

Screen Shot 2015-02-16 at 11.24.42 AM

“Kepada si pembuat sihir saya, muhasabahlah! Tuhan dah bagi macam-macam bala, musibahkan? Kau masih nak bermain sihir dengan aku. Sungguh jijik perbuatan. Dah berapa kali saya pergi Umrah saya balik saya kena sihir dengan ular jadian masuk dalam rumah saya. Tapi baru ni tiada ular, tiada biawak, tiada apa.

Saya sakit kaki dah 3 bulan dah. Tuhan suruh kita berikhtiar. Kalau kita kena benda-benda tak elok ni kita kena jumpa pakar untuk membuang bisa-bisa tu dan saya telah melakukannya. Biarlah orang nak ketawakan saya. Saya nak bersyukur kepada Allah SWT, begitu ramai followers saya di Instagram yang mendoakan supaya sembuh.”

Kalau Saya Buktikan, Hancur Luluh Karier Dia!

Screen Shot 2015-02-16 at 11.24.21 AM

“Jangan tanya mana saya dapat maklumat ni, tapi dengan kuasa Allah SWT, saya dah tahu perbuatan durjana artis ni. Artis ni sebenarnya seorang artis lelaki yang lembut, yang kononnya serba boleh. Tak tahu apa masalah dia, yang dia sibuk nak sihirkan saya, hantar segala bisa-bisa di kaki saya.

“Saya tak perlu buktikan, tapi kalau saya buktikan, hancur luluh karier dia. Dia boleh buat apa sahaja ke atas Azwan Ali di atas dunia ni, Allah SWT maha mengetahui. Saya ada bukti termasuk beberapa pengamal perubatan Islam yang mengubati saya dan mengesahkan memang artis ni lah punya kerja.”

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×