
Pempengaruh Marissa Dania sekali lagi menyorot perhatian selepas berkongsi luahan hatinya mengenai keputusan yang dibuat untuk terus melangkah ke hadapan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Tak Halang Marissa Dania Kahwin Lagi, Mahu Menantu Bertanggungjawab – ‘Saya Nak Yang Terbaik Untuk Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania – ‘Sembuhlah Dari Luka, Berbahagialah Dengan Cara Allah Izinkan’
Takkan berpatah balik
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Marissa menegaskan bahawa dia tidak akan kembali terjerumus dalam fasa kehidupan yang sudah ditinggalkan.
Menurut Marissa, dia pernah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai ketenangan dan bertekad untuk terus mempertahankan keputusan yang telah dibuat.
Saya tak akan pernah lupa mengapa saya pilih untuk pergi.
Saya telah berjuang bersungguh-sungguh demi ketenangan diri, jadi saya tidak akan membiarkan diri saya ditarik semula ke dalam bab kehidupan yang telah pun saya tutup.
Saya sudah melangkah ke hadapan, dan saya bertekad untuk kekalkan begitu.
Sokongan netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata semangat buat anak kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi itu agar terus melangkah ke hadapan serta percaya bahawa kebahagiaan akan hadir pada waktunya.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Diva M Hadiah Kereta RM100,000 Kepada Pekerja Setia](https://asset.ohbulan.com/2026/10/diva-M-4.jpg)