berita

‘Beliau Enggan Terima Kenyataan’- Anwar Ibrahim Dedah Perbualan Telefon Dengan Najib Pada Malam Pilihan Raya

May 18th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Minggu lalu, satu sejarah telah berlaku apabila Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Sejak dari itu, perubahan sedikit demi sedikit juga berlaku demi menjadikan Malaysia sebagai negara aman dan makmur. Selain itu, paling mendapat perhatian adalah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dibebaskan.

Berhubung dengan isu tersebut, Anwar telah mendedahkan bahawa dia dihubungi Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan nasihat susulan kekalahan BN pada malam pilihan raya minggu lepas.

‘Beliau keliru’- Anwar Ibrahim

Foto kredit: Berita Harian

Ketika ditemubual Reuters di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menghubunginya sebanyak dua kali untuk mendapatkan nasihat.

Apabila beliau (Najib) menelefon pada malam pilihan raya lalu, saya menasihatkannya sebagai sahabat supaya menerima (kekalahan) dan meneruskan hidup.

Tambah Anwar, beliau menggesa Najib agar membuat kenyataan dengan segera bagi mengelakkan isu cuba melengahkan proses peralihan kuasa. Walaubagaimanapun katanya, Najib tidak akan keluarkan sebarang kenyataan sehingga Tun Dr Mahathir Mohamad umumkan kemenangan PH.

Beliau (Najib) keliru… beliau enggan menerima kenyataan (kekalahan BN).

‘Hanya mendengar apa yang beliau katakan..’

Selain itu, Anwar berkata Najib cuba memikirkan siapa yang boleh memberikannya nasihat dan apa yang boleh dilakukannya selepas kekalahan BN. Tetapi beliau menegaskan bahawa Najib tidak pernah menawarkan sebarang perjanjian serius kepadanya.

Jika sekalipun beliau menawarkan perjanjian, saya hanya akan mengabaikannya… saya hanya mendengar apa yang beliau katakan.

Ketika panggilan kedua itu, Najib ‘totally shattered’ (bersedih).

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×