berita

Belum Selesai Kes Najib, Rosmah Mansor Pula Disaman

July 10th, 2018 | by faris
Kini Trending

Nama isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor semakin kerap diperkatakan netizen setelah polis mendedahkan berbagai barang rampasan di kediaman mereka yang mencecah lebih RM1 bilion.

Ketika Datuk Seri Najib masih lagi menunggu untuk dibicarakan berkenaan kes pecah amanah, Rosmah pula turut berdepan dengan tindakan mahkamah membabitkan warga Lubnan.

Cecah RM 3.7 juta seunit

Rosmah disaman tukang emas dari negara itu kira-kira RM60 juta selepas 44 unit barang kemas yang dihantar kepada bekas wanita pertama itu dirampas pihak berkuasa Mei lalu.

Menurut laporan Malaysiakini, dokumen Global Royalty Trading (GRT) telah memfail saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jun lepas.

Antara barang kemas terbabit adalah kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara dengan nilai mencecah RM 3.7 juta setiap satu.

Firma itu mendakwa Rosmah, mengakui menerima barangan tersebut.

Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia.

Hantar barang kemas untuk dipilih atau dibeli

Firma itu juga memohon perintah mandatori supaya barangan berkenaan dikembalikan, jika ia tidak dapat dipulangkan, Rosmah diminta membayar jumlah berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

GRT mendakwa, pihaknya menghantar barang kemas kepada Rosmah untuk dipilih dan dibeli serta dibayar olehnya. Jika tidak, manakala barang kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Rosmah juga dikatakan meminjam barang kemas tersebut yang disertakan dengan memorandum penyerahan, dan dia atau ejennya akan menerima barangan itu di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.

Sumber: Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×