berita

Anak Najib Razak Selamat Melahirkan Bayi Perempuan, Harap Berita Sampai Dekat Bapa Di Penjara Kajang

August 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Yana Najib

Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa, selamat melahirkan bayi perempuan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: Masih Ada Satu Lagi Peluang, Keluarga Harap Najib Razak Menang Kes – ‘Lawan Demi Keadilan’

Artikel Berkaitan: Tiada Layanan Istimewa Untuk Najib Di Penjara, Selebriti Malaysia Titip Doa – ‘I Will Always Respect You’

Najib terima cucu baru

Yana Najib

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nooryana atau mesra dengan sapaan Yana di Instagram miliknya.

Alhamdulillah dengan rasa syukur kepada Allah SWT, kami sekeluarga telah menyambut kelahiran anak ketiga kami pada hari yang penuh dengan nostalgia.

Seolah-olah cucu perempuan pertama Bossku (panggilan Najib) nak bagi tahu atoknya, “saya tak mahu awak bersedih hari ini”.

Semoga Allah menyatukan kita semua satu keluarga semula kelak.

Dalam hantaran sama, Yana turut berkongsi nama bayi tersebut iaitu Amelia Rahah Daniyar.

Sementara itu menerusi hantaran yang dipercayai ditulis oleh Yana di Facebook rasmi milik Najib Razak, dia meminta bantuan supaya berita kelahiran itu disampaikan kepada bapanya yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

Datuk Seri Najib belum tahu berita ini. Tidak ada caranya nak bagi tahu dalam masa terdekat juga.

Jika ada sesiapa yang baca ini dari Kajang, sudi dan boleh bantu sampaikan berita ini, amat menghargainya dan berterima kasih.

Untuk info, pada 23 Ogos tahun lalu, Najib telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan kes menyeleweng dana berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Sumber: Instagram (Yana Najib)

SKIP THIS AD ×