berita

Berkat Doa Peminat, Diana Rafar Bersyukur Akan Disatukan Semula

May 13th, 2015 | by Ash Nordin
Lensa Insta

DianaZamarulRujuk

Diana Rafar meluahkan rasa syukur bila mereka umumkan untuk rujuk semula bersama bekas suaminya Zamarul Hisham setelah bercerai Januari lalu.

Bak kata pepatah, ” inginkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri” waah! Mungkin jodoh mereka ni kuat dan berkat doa peminat mereka untuk kembali bersama dimakbulkan.

Menurut Harian Metro semalam, mereka akan bernikah semula 16 Mei ini memandangkan mereka pernah bernikah pada tarikh yang sama pada tahun 2009.

Hanya Mampu Bersyukur Atas Doa-Doa Anda Semua

Thanks to follower yg banyak memberi semangat n kekuatan dalam apa jua situasi yg aku lalui.. Aku rasa sebagai anak seni ni terlalu indah dan aku terpilih dan beruntung sb:- 1-kala aku murung akan ada peminat diluar sana menegur dan senyum pada aku 2-dalam aku tersesat ada alim ulama yg memperbetulkan laluan aku 3-dalam aku bersedih ada peminat diluar sana yg yg memberi semangat dan kekuatan pada aku 4-dalam aku gembira ada peminat diluar sana yg menyentuh perasaan aku 5-dalam aku berkarya ada peminat diluar sana yg memberi komen2 positif dalam lakonan aku Ya allah syukur alhamdulillah rupanya ‘KELUARGA’ aku terlalu besar dan maafkan aku sekiranya ada aku melukakan hati Keluarga ku di luar sana… Luv u all????

A photo posted by [email protected] (@zamarulhisham93) on

Kami turut tumpang gembira dengan keputusan yang mereka lakukan. Dari laman Instagram Zamarul dan Diana, pasangan ini sangat menghargai sokongan peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik.

Apa pun kami ucapkan tahniah buat Diana Rafar dan Zamarul Hisham, ingat apa yang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pesan, ” buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi”. Harap jodoh mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×