berita

‘Buatlah Apa Korang Nak Buat’ – Akui Keliru, Ini Respon Terbaru Zul Ariffin Kepada Zahirah, Kamal & Emma

November 4th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Kemelut yang melanda perhubungan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong yang dilaporkan retak disebabkan Zahirah Macwilson nampak gayanya masih tidak menemui titik pengakhiran apabila Zul Ariffin pula tampil memberikan kenyataan mengejutkan baru-baru ini. Dalam laporan sebelum ini, Zahirah pernah menyatakan bahawa hubungannya dengan aktor Tombiruo itu tidak terjejas susulan apa yang berlaku dan bahawa mereka masih lagi seperti biasa.

Walau bagaimanapun, Zul Ariffin semalam seolah menghantar mesej yang berbeza mengenai perhubungan mereka apabila pelakon itu memetik kata-kata berbaur kecewa dalam Insta Story beliau. Apa yang dah jadi ni?

‘Salah saya, bukan awak’

Ketika ditemui Mstar dalam majlis Anugerah Skrin 2017 semalam, Zul akhirnya mengakui keliru dengan apa yang berlaku antara kekasihnya itu, Kamal dan Emma. Kata Zul, dia masih lagi belum mendapat penjelasan sebenar daripada Zahirah sendiri berhubung isu berkenaan.

Zahirah belum jelas perkara sebenar

Saya susah nak gelarkan isu ini gosip atau masalah, tapi kalau bercakap tentang isu ini saya masih tidak okey.

Saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini dan kena tunggu dia (Zahirah) balik dari Bosnia untuk selesaikannya.

Saya sendiri tidak tahu apa cerita ini sebenarnya kerana saya tidak diberitahu secara jelas.

Zul turut meminta Zahirah, Kamal dan Emma untuk menjelaskan motif sebenar situasi ini dibangkitkan sambil mengakui dia hanya tahu setakat apa yang dilaporkan oleh media dan diberitahu Zahirah.
Saya juga tahu seperti yang dilaporkan media, seperti yang Zahirah ceritakan kepada saya.

Cuma saya ingin bertanya kepada mereka bertiga apa yang ‘korang’ buat? Adakah ini untuk drama yang mereka lakonkan atau untuk publisiti atau untuk menang contest, this is for what?”.

Publisiti?? Contest??

Tika ditanya mengenai status perhubungannya dengan aktres jelita itu, Zul  berkata dia ‘tiada pilihan’ dan tidak mahu stresskan diri berhubung perkara ini yang seolah tiada hujungnya sebaliknya ingin fokus mempromosikan filem dan drama.

Ya, saya berjumpa mereka bertiga dan saya hanya mendengar dan jadi saksi sahaja. Pada masa sekarang apa yang boleh saya buat? Kalau saya tidak okey atau okey sekalipun apa pilihan saya?.

Kepada tiga-tiga orang ini saya nak berpesan dan ucapkan terima kasih dan buatlah apa korang nak buat. Saya hanya nak teruskan hidup seperti biasa.
Sumber: Mstar, Instagram Zul Ariffin

SKIP THIS AD ×