
Edisi khas segmen #SkoolXTRA mengimbau kembali perjalanan selebriti ketika berada di bangku sekolah, termasuk sisi mereka yang mungkin belum pernah diketahui oleh peminat.
Artikel Berkaitan: #BabyXTRA: Tegas Tapi Penuh Kasih Sayang, Ini Cara Zahirah Macwilson Didik Anak-Anak
Artikel Berkaitan: #TipsXTRA: ‘Jangan Tenggelam Dalam Tekanan’ – Zahirah Macwilson Kongsi 5 Pegangan Untuk Jaga Diri
Pelajar A+ & Aktif Dalam Acara Larian
Menerusi segmen #SkoolXTRA kali ini, pelakon Zahirah Macwilson berkongsi sedikit sisi dirinya ketika berada di bangku sekolah yang mungkin tidak diketahui ramai.
Bukan sahaja menganggap dirinya seorang pelajar yang baik, Zahirah turut mendedahkan dia pernah mencatat keputusan cemerlang dalam pelajaran.
Saya rasa saya seorang pelajar yang baik. Saya juga pelajar A+ dan boleh dikatakan agak pandai ketika itu. Bukan saya mereka-reka cerita ya!
Saya memang seronok dengan zaman persekolahan saya.
Namun, kehidupan Zahirah ketika di sekolah bukan sekadar tertumpu kepada akademik. Isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza itu juga seorang yang aktif dalam bidang sukan, khususnya acara larian.
Ketika itu saya juga agak aktif bersukan. Saya suka berlari dan pernah terlibat dalam larian maraton.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai subjek kegemarannya, Zahirah tanpa ragu-ragu memilih Bahasa Inggeris, terutama bidang kesusasteraan.
Subjek kegemaran saya ialah Bahasa Inggeris, khususnya kesusasteraan.
Saya memang suka menulis esei dan menyediakan ucapan.
Melihat kembali minatnya terhadap penulisan dan pengucapan sejak zaman sekolah, tidak hairanlah Zahirah sudah selesa mengekspresikan dirinya menerusi bahasa dan komunikasi sejak usia muda lagi.








