berita

‘Dia Ada Semangat Yang Cukup Kuat’ – Puteri Balqis Hidap Kanser?

July 8th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Bakat lakonan yang ada pada pelakon cilik Puteri Balqis sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Setiap drama atau filem lakonannya pasti mencuri perhatian penonton untuk lebih fokus dan menghayati lakonannya.

Puteri Balqis sebelum ini dikatakan mempunyai masalah jantung dan gambar serta posting terbaru ini telah menimbulkan tanda tanya netizen terhadap kesihatannya itu. Semoga Puteri Balqis tabah dan kuat hadapi penyakit kanser ini.

#FightCancer

Foto dan #FightCancer di laman Instagramnya telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak ketika menjalani rawatan doktor. Foto yang menyaksikan Puteri Balqis itu memakai topeng mulut telah dimuatnaik untuk berkongsi perkembangan terkininya, tempoh hari.

#FightCancer yang ditulis itu seakan membayangkan pelakon ini sedang menghidap penyakit kanser. Bagaimanapun, persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila ibu Balqis, Norashikin Mohd Aziz mengesahkan perkara tersebut namun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang perkara sebenar.

Dia ada semangat yang kuat

Tambahnya lagi, anaknya itu dikatakan semakin baik selepas menjalani rawatan, malah dia mempunyai semangat yang cukup kuat meskipun berdepan dengan masalah kesihatan. Puteri Balqis sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu semenjak akhir tahun lalu. Dia mengalami demam berpanjangan dan kerap muntah sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×