berita

‘Dia Patungkah Hingga Biarkan Tangannya Dipegang Saya?’- Aliff Aziz

August 8th, 2017 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Selepas beberapa minggu mendiamkan diri, akhirnya pelakon kontroversi Afifah Nasir buka mulut tentang insiden di pusat karaoke bersama Aliff Aziz dan Bella. Menurutnya dia tak buat seperti apa yang diperkatakan oleh Bella dan tambahnya lagi, dia juga ada bahan bukti.

Afifah turut berkata dia terpaksa melayan karena Aliff atas dasar produksi. Ini komen balas Aliff Aziz.

‘Berapa usia Afifah hingga tak boleh tentukan apa yang betul & salah..’

Kredit foto: Berita Harian Online

Menurut laporan Berita Harian Online, Aliff Aziz mendakwa bahawa penjelasan Afifah kepada sidang akhbar adalah mengarut dan tak masuk akal. Aliff juga mempersoalkan tindakan Afifah kerana melibatkan pihak produksi dalam isu ini, terutama sekali kononnya Afifah diminta untuk ‘layan’ perangai Aliff untuk membangkitkan mood penggambaran.

Mereka kini masih dalam pembikinan drama Izinkan Aku Mencintaimu dan kalau ikutkan jadual, lagi beberapa hari je lagi untuk penggambaran drama itu habis.

Afifah ada menyebut dirinya menjadi mangsa keadaan apabila pihak produksi menyuruhnya melayan kerenah dan bermanja dengan saya. Dia cakap ini dapat beri mood dan saya akan datang ke lokasi penggambaran untuk melunaskan baki penggambaran.

Jika betul apa yang dikatakan itu, saya mahu bertanya, berapa usia Afifah hingga tak boleh tentukan apa yang betul atau salah. Dia bukan belasan tahun hingga perlu mengikut telunjuk orang dengan alasan kononnya nak membantu produksi melunaskan penggambaran dengan segera.

Usia saya 26 tahun dan Afifah sudah 24 tahun… Beza usia kami hanya dua tahun. Sejauh mana dia boleh berkorban jika benar dakwaan pihak produksi meminta dia buat begitu dan begini untuk saya?

‘Saya & dia tahu perkara sebenar..’

Tambah Aliff, Afifah boleh sahaja menolak jika tidak mahu tunaikan permintaan daripada pihak produksi dan jika betul Aliff sangat bermasalah, kenapa pihak produksi tak ambil sebarang tindakan.

Jangan guna alasan kononnya masih baru dalam dunia seni. Bukan dia tak dibayar untuk berlakon. Dia ada hak menolak perkara yang bertentangan dengan kemahuan dirinya.

Saya tak perlu nak selamatkan diri dengan membabitkan orang lain. Saya sendiri mengaku silap sebelum ini dan meminta maaf kepada isteri, keluarga, peminat dan semua pihak atas khilaf yang dilakukan.

Saya fikir Afifah akan matang berdepan hal ini. Saya dan dia tahu perkara sebenar seperti apa yang saya tegaskan sebelum ini.

Apabila saya teliti semula kenyataan Afifah semalam, memang ada yang tak masuk akal. Apa yang terjadi adalah hal peribadi, tak perlu babitkan produksi yang beri rezeki. Jangan nak tegakkan benang yang basah.

‘Mereka boleh saman & bertindak jika saya tak melunaskan komitmen..’

Aliff berkata sejak mula berlakon dia tak pernah berdepan isu besar seperti tidak datang ke set hanya sebab teman gandingan timbulkan masalah.

Malah jika saya bermasalah tak datang set sehingga lapan hari atau lambat sekalipun, pihak produksi boleh hubungi saya. Mereka boleh saman dan bertindak jika saya tak melunaskan komitmen yang sudah dipersetujui.

Berhubung permohonan maaf Afifah kepada Bella kerana membiarkan tangannya dipegang, Aliff mempersoalkan motif Afifah.

Dia (Afifah) patungkah hingga membiarkan tangannya dipegang saya? Bukan dia tak boleh menepis atau menolak tangan saya.

Malah Afifah ada menerima kiriman WhatsApp daripada isteri saya pada sebelah pagi sebelum insiden kantoi di pusat karaoke itu. Namun, Afifah pergi juga pusat karaoke terbabit.

Saya terima hukuman ‘cash’ kerana perkara itu diketahui isteri hingga kantoi pada petang sama. Sedangkan Afifah terus berdolak dalik hingga membabitkan seorang lagi pelakon iaitu Allana Amir yang kononnya akan turut bersama kami di pusat hiburan itu.

‘Kalau rasa betul kenapa tak dedahkan sahaja..’

Kredit foto: Berita Harian Online

Selain itu, Aliff turut mempersoalkan bukti rakaman perbualan Anzalna Nasir dengan individu yang didakwa bekerja dengan syarikat produksi drama tersebut.

Saya fikir siapa saja boleh ‘berlakon’ menjadi pekerja produksi itu hingga rakaman diperdengarkan kepada wartawan tetapi tidak boleh dirakam semula oleh media atas alasan bimbang kenyataan disalah guna dan menjejaskan reputasi.

Kalau rasa betul kenapa tak didedahkan saja identiti individu yang dimaksudkan.

Afifah juga ada bangkitkan soal perundangan dan dia ada bukti yang kukuh jika apa-apa terjadi. Saya juga boleh berbuat demikian kerana sudah berunding soal itu.

Aliff turut mempersoalkan kelibat pelakon baru yang dikenali Afifah, iaitu Allana di sidang akhbar semalam.

Apa masalah Allana sebenarnya? Bukan dia ada setiap hari di set penggambaran pun. Apa yang dia cuba lakukan saya kurang pasti atau mungkin cuba mengambil kesempatan untuk jadi popular dengan kontroversi ini.

Sumber: Berita Harian Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×