
Pelakon Arena Wan, menjelaskan mengenai babak memeluk aktor dan penyanyi Aliff Aziz di dalam pementasan teater muzikal Mansur & Liu yang menjadi antara perhatian penonton.
Artikel Berkaitan: Keraguan Bapa Tak Patahkan Semangat, Arena Wan Nekad Buktikan Potensi Diri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Arena Wan Dikritik Berlakon ‘Kayu’, Hampir Putus Asa Dalam Industri Seni – ‘Saya Koyak’
Penjelasan Arena

Ketika ditemui OhBulan! Arena atau nama sebenarnya Arena Wan Mun-Yi, 27, memaklumkan bahawa dia diminta oleh pengarah teater tersebut iaitu Datuk M.Nasir untuk tampil sebegitu bagi menjayakan watak Tun Seri Anem.
Justeru itu, Arena cuba memberikan yang terbaik bagi menampilkan watak penggoda dalam teater berkenaan.
Itu permintaan Datuk. Semasa latihan, dia mahu saya nampak lebih gatal untuk watak itu. ‘Nak lagi gatal! Awak kena jadi macam ular’, begitulah yang dia cakap.
Saya tidak tipu, memang gementar nak bawa karakter begitu sebab netizen boleh kata apa-apa, saya pun takut.
Bagaimanapun, Arena berkata, dia dan Aliff bersikap profesional dengan membataskan bahawa ia hanyalah sekadar karakter masing-masing di dalam nashkah tersebut.
Tapi apa yang saya boleh katakan, kami semua sangat profesional. Aliff adalah pasangan dalam lakonan yang hebat.
Dia juga banyak bantu dan beri semangat kepada saya untuk bahagian nyanyian.
Mengulas lanjut, Arena berkongsi bahawa Aliff sebelum ini pernah berkerjasama dengan bapanya, Iman Wan Tuck Meng.
Oleh itu, Arena berkata, mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain dan perhubungan hanyalah seperti abang dan adik.
Saya dengan dia macam adik-beradik. Di tempat teater, kami saling memanggil ‘bro, sis’. Fakta menarik, ayah saya, Iman Wan pernah menghasilkan lagu-lagu untuk Aliff ketika dia berusia 16 tahun.
Ketika saya beritahu ayah akan bekerja dengan Aliff, dia melabel Aliff sebagai penyanyi hebat dan minta belajar banyak daripadanya termasuk cara buat persembahan pentas.
Aliff juga ada mesej ayah saya dan beritahu kami akan bekerja bersama untuk teater ini.
Arena berkata demikian ketika ditemui seusai selesai pratonton teater tersebut bersama pihak media yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jayakan teater

Dalam pada itu, Arena juga berharap agar usahanya menggalas tugas sebagai antara barisan utama teater tersebut diterima ramai.
Alhamdulillah untuk persembahan malam pratonton, bukan mudah dan sangat susah sebab pertama kali berlakon teater.
Kemudian perlu menyanyi pula tetapi saya syukur diberikan peluang ini, bergandingan pula dengan Ruzana Ibrahim, dia sangat hebat.
Terima kasih kepada M Nasir dan Datin Marlia kerana percaya saya pegang watak ini,
Untuk info, Mansur & Liu turut menampilkan pelakon-pelakon seperti Melinda Dadew, Amerul Affendi, Brian Chan, Fadhli Masoot, Taqim Zaki, Sherry Alhadad, Hazama dan Ruzana Ibrahim.
Teater ini dipentaskan pada 10 September hingga 20 September ini di Panggung Sari, Istana Budaya.





![[VIDEO] ‘Allah Merestui Doa & Harapan Seorang Ibu’ – A Aida](https://asset.ohbulan.com/2026/09/azeva.jpg)
