berita

Dia Telah Menderhaka – Ibu Afiq Muiz Dedah Perangai Anak

May 14th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Afiq Muiz

Dikala semua orang sibuk menyambut Hari Ibu yang telah jatuh pada hari Ahad (12 Mei) lepas, tiba-tiba timbul cerita pelakon baru, Afiq Muiz didakwa telah menderhaka terhadap ibunya sendiri.

Bukan khabar angin, malah kenyataan ini keluar sendiri dari mulut ibu Afiq menerusi temubualnya bersama mStar Online. Hasliza Mohd mendedahkan perkara ini selepas melihat sifat Afiq yang sudah berubah semenjak menjadi artis dan mempunyai kekasih.

“Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya.

“Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu.”

Wanita yang berumur 48 tahun ini juga terkilan dengan sikap Afiq yang sudah melupakan bagaimana dirinya bersusah payah diawal pembabitan Afiq dalam dunia seni.

“Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.

“Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu.”

Agak menghairankan juga apabila seorang artis yang dilihat baik dikaca TV tiba-tiba dituduh menderhaka pada ibunya. Bagi yang tidak tahu, Afiq Muiz merupakan salah seorang peserta Masterchef Celebrity Malaysia 2.

SKIP THIS AD ×