berita

#OhBulanTutupChapter2023: Gagal Pertahankan Rumah Tangga, Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada, ND Lala & Fauziah Sarman Antara Selebriti Yang Bercerai

January 2nd, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti mahukan hubungan yang berkekalan dan tidak mahu ia berakhir dengan penceraian. Namun, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan dan tiada siapa dapat menghalang takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Sepanjang tahun 2023, banyak kisah penceraian dikalangan selebriti Malaysia yang kita dengari serta turut menjadi tumpuan warganet.

Berikut merupakan senarai selebriti yang sudah bercerai pada tahun 2023.

Artikel Berkaitan: #OhBulanTutupChapter2023: Suhaimi Saad, M Daud Kilau & Ibnor Riza Antara Bintang Seni Yang Pergi Takkan Kembali

Puteri Sarah & Syamsul Yusof

Pada penghujung tahun 2022, kita dikejutkan dengan berita masalah rumah tangga yang dialami oleh pelakon jelita Puteri Sarah Liyana bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang melibatkan orang ketiga.

Pada Januari 2023, segala teka-teki akhirnya terjawab apabila Syamsul Yusof kini mengaku sudah pun selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Ira Kazar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai, Talak Satu

Namun, semuanya sudah berakhir apabila mereka disahkan bercerai talak satu pada 14 Jun 2023. Talak satu itu dilafaz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tepat jam 12.25 petang di hadapan hakim Syarie Akmalluddin Ilyas.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Mawar Rashid & Raf Yaakob

Tiada angin tiada ribut, keluar dakwaan mengenai penceraian pasangan aktres dan usahawan Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob pada pertengahan November.

Artikel Berkaitan: Mawar Rashid & Raf Yaakob Sepakat Berpisah, Tiada Persefahaman Lagi

Walau bagaimanapun pada 23 November, pelakon jelita, Mawar Rashid mengumumkan di Instagram bahawa dia dan Raf Yaakob membuat keputusan untuk berpisah selepas hampir tujuh tahun berkahwin

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, mereka berpisah kerana tiada persefahaman dalam rumah tangga yang dibina. 

Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf yang merupakan adik kepada selebriti Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada

Pada awal 2023, kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada juga mencuri perhatian netizen apabila turut melibatkan orang ketiga.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Nurul Shuhada menerusi sebuah hantaran di Instagram Story mengenai isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Sah Cerai Talak Satu

Apa yang mencuri perhatian warganet adalah pada Mac 2023, Nurul Shuhada turut mengesahkan suaminya telah menumbuk sebanyak tiga kali sehingga terpaksa menerima 10 jahitan di pipi kiri.

Pada 27 Julai 2023, pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya sah bercerai dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukur dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

ND Lala & Fauziah Sarman

Kisah rumah tangga penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala dan isteri, Fauziah Sarman didakwa diganggu pihak ketiga namun kedua-dua pihak tidak mengiyakan atau menafikan.

Namun, pada 1 April 2023, Fauziah Sarman seakan mengesahkan spekulasi wujud ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka apabila dia memuat naik satu foto hitam putih yang dipercayai gambar passport seorang wanita.

Apa yang lebih mengejutkan, Fauziah mendakwa ND Lala dan wanita tersebut sudah bernikah sejak lapan tahun yang lalu.

Artikel Berkaitan: 34 Tahun Kahwin, ND Lala & Fauziah Bercerai

Pada 9 Ogos 2023, ibu kepada Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman mengesahkan telah bercerai dengan suaminya, Datuk ND Lala yang merupakan pelakon dan penyanyi era 1980-an.

Fauziah meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangga mereka akhirnya berakhir. Dedah Fauziah, ND Lala telah melafazkan cerai pada 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar.

Afiq Muiz & Pachara

Pada Disember 2022, kontroversi rumah tangga yang melibatkan aktor Afiq Muiz dan isteri, Pachara Apin tiada menemui titik noktah apabila Pachara mendakwa Afiq memukulnya dengan mematahkan kaki serta jarinya di akaun media sosial miliknya.

Selain itu, pada Mac 2o23, Pachara juga telah membuat permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling kerana suaminya itu gagal memberi nafkah sejak tahun 2021

Artikel Berkaitan: Afiq Muiz Ceraikan Pachara Talak Satu

Walau bagaimanapun, kemelut rumah tangga pasangan pelakon Afiq Muiz dan isteri, Nur Aaira Mahadeya, 32, atau Pachara akhirnya menemui titik noktah apabila disahkan bercerai talak satu pada 18 Julai 2023.

Peguam syarie mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa’at memaklumkan, anak guamnya membuat lafaz cerai terhadap Pachara di hadapan hakim, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani selepas masing-masing bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.

Untuk rekod, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di lokasi penggambaran drama Air Mata Syurga.

Fyna Jebat & Zainal Abidin

Nama bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan dan penyanyi Fyna Jebat menjadi bualan ramai selepas Zahira Aisyah membuat pendedahan dengan mengatakan rumah tangga bapanya dengan isteri muda sudah berakhir.

Artikel Berkaitan: Zainal Abidin & Fyna Jebat Sudah Dua Minggu Bercerai, Punca Kedua Isteri Tiada Persefahaman

Perkara ini sendiri turut disahkan oleh saudara terdekat Zainal dengan mengatakan pasangan tersebut sudah bercerai sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, punca penceraian pasangan itu adalah disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.

Sekadar info, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, mengesahkan sudah pun berkahwin secara rahsia dengan Datuk Zainal Abidin Hassan sekitar Januari yang lalu.

Noor Nabila & Engku Emran

Pada Februari 2023, rumah tangga kakak kepada usahawan, Neelofa iaitu Noor Nabila dan Engku Emran menjadi bualan ramai selepas didakwa sudah berantakan.

Bukan itu saja, pasangan sama cantik sama padan itu dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung serta didakwa dalam proses perceraian.

Artikel Berkaitan: Noor Nabila, Engku Emran Cerai Talak Satu

Namun, pada 25 September 2023, Noor Nabila dan Engku Emran Engku Zainal Abidin sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, jam 12.51 tengah hari.

Nabila bersyukur kerana urusan dirinya bersama Emran dipermudahkan Allah SWT. Malah dia reda dan menyifatkan perceraian itu sebagai ketentuan yang sudah tertulis.

Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Manakala, Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

SKIP THIS AD ×