berita

Elak Orang Ramai Bertelagah, Yuna Zarai Tarik Semula Foto Nampak Pusat

May 30th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-30 at 12.24.01 PM

Thumbs up buat Yuna Zarai! Bukan sahaja sinarnya bergemerlapan di dalam negara, malah nama Yuna kini sudah mula menjadi perhatian di arena antarabangsa. Namun, tidak sah jika seseorang selebriti itu tidak ditimpa kontroversi bukan?

Terkini, foto Yuna mengenakan busana menampakkan pusat telah menerima kecaman orang ramai yang menganggap wanita itu seakan-akan mempermainkan imej berhijab.

Mengakui bahawa foto tersebut dimuat naik sendiri olehnya, Yuna menerusi temubual dengan Kosmo! Online memberitahu bahawa dia telah pun menarik semula gambar itu demi mengelakkan orang ramai bertelagah.

Screen Shot 2014-05-30 at 12.28.09 PM

Yuna dengan isu imej berhijab yang  seakan tidak pernah habis!

“Secara peribadi, saya menarik semula gambar tersebut bukan kerana tersinggung dengan banyak tohmahan tetapi saya tidak mahu dua pihak terus bertelagah mengenai isu gaun tersebut.

“Malah saya juga tidak mahu orang luar melihat orang Malaysia bergaduh dan bertahan dengan pendapat masing-masing hanya kerana isu sebegini. Jadi, saya fikir lebih mudah sekiranya gambar itu dibuang dan perbalahan tidak berlanjutan.”

Yuna juga memberitahu bahawa foto tersebut sebenarnya telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya diedarkan menerusi laman sesawang.

“Gambar tersebut diambil untuk satu sesi fotografi di sana. Apa yang saya kesalkan, gambar yang tersebar di beberapa blog telah melalui proses editing sehingga menampakkan pusat saya apabila baju pada bahagian dalam dinipiskan.”

Yuna turut menambah bahawa dia menganggap bahawa dugaan yang dihadapinya ini sebagai satu lumrah kehidupan dan terbuka untuk menerima sebarang teguran.

P/S: Nasib baik lah foto itu di edit di bahagian pusat sahaja, kalau buatnya orang tidak bertanggungjawab itu mengedit seluruh tubuh bagaimana agaknya ya?

Kredit foto: Instagram Yuna Zarai

SKIP THIS AD ×