berita

Faizal Tahir Digam Kerana Isu Politik?

June 18th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

FT

Petang semalam heboh di Twitter mengatakan penyanyi terkenal, Faizal Tahir telah digam sebuah syarikat stesen televisyen tempatan. Berita tergempar itu telah memeranjatkan banyak pihak terutamanya peminat dan penyokong setia Faizal Tahir.

OHBULAN! tidak pasti apakah punca sebenar dan bagaimana ianya terjadi, namun, desas desus mengatakan hal itu berpunca apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pendapat Faizal Tahir mengenai sesuatu isu.

Screen Shot 2013-06-17 at 22.58.08

Menurut sumber, perkara ini dipercayai ada kaitannya dengan isu politik. Tapi OHBULAN! tak berani nak cakap lebih-lebih kerana belum ada kepastian dan penjelasan yang sahih dari mana-mana pihak.

Lebih malang lagi, penyanyi yang terkenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan pendapat itu juga dipercayai disingkirkan dari menyertai beberapa acara yang melibatkan dirinya.

Meskipun diduga dengan cabaran yang tidak kurang besarnya ini, Faizal Tahir dilihat masih mampu bergurau melalui beberapa tweet berunsur sarkastik yang dikemaskini olehnya.

Screen Shot 2013-06-17 at 22.19.37

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama Faizal Tahir berdepan kontroversi seperti ini. Beberapa tahun yang lalu dia pernah digam dari televisyen swasta gara-gara membuka baju semasa membuat persembahan di hadapan penonton.

Buat masa ini, kita tunggu sahaja kenyataan yang keluar dari Faizal Tahir dan pihak yang berkaitan supaya segalanya terjawab dan tidak menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat mahupun penggiat seni yang lain.

SKIP THIS AD ×