berita

[VIDEO] Tragedi Mavi Marmara Buka Mata Faizal Tahir Tentang Isu Kemanusiaan – ‘Aku Sangat Leka Dengan Dunia’

October 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

faizal tahir gaza

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir antara selebriti yang banyak menyertai misi kemanusiaan di negara-negara bergolak sebelum ini termasuk Palestin.

Peperangan yang berlaku membuatkan penyanyi itu menjadikan platform media sosial dan karya seninya sebagai medium untuk mempertahankan negara tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Cakap Perkara Benar, Tak Perlu Takut Hilang Punca Rezeki’ – Nadhir Nasar Tetap Lantang Pertahankan Palestin

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Tak Lupa Saudara Islam, Sharif & Syaiful Zero Sumbang Sebahagian Wang Hadiah RM10,000 Kepada Palestin

‘Turning point saya’

faizal tahir gaza

Menerusi temu bual radio Kool 101, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Muhammad Tahir berkongsi kisah kekhilafan yang pernah dilakukannya suatu ketika dulu sehingga bertukar menjadi pengajaran besar dalam kehidupan.

Mungkin ramai tak tahu atau ramai yang tak ingat tapi saya ingatkan kembali. Dulu Faizal Tahir pernah buat perangai sekali. Dia kena banned daripada TV dan diberi hukuman buat kerja-kerja amal. Jadi itulah, ‘turning point’ saya. Itu dari segi lokal.

Dalam pada itu, terdapat satu kejadian yang telah membuka mata dan menjentik hati penyanyi berusia 44 tahun ini berkenaan isu peperangan dan kemanusiaan.

Kalau dari segi antarabangsa pula, satu insiden masa itu tahun 2010 rasanya. Saya sedang buat road tour untuk album kedua saya, album Adrenalin. Saya tengah buat showcase, tengah enjoy..seronok dengar orang menjerit nama kita. Terlompat-lompat buat konsert.

Showcase itu habis di Hard Rock KL, saya masuk bilik saya dan macam biasa sebelum tidur saya akan buka Twitter. Saya suka baca berita sebelum saya tidur, saya nak tahu apa yang dah berlaku hari itu.

Masa hari itulah keluar berita, ada satu bot Flotilla, Mavi Marmara nak membawa bantuan ke Gaza. Ada rakyat Malaysia dalam tu yang ditahan oleh rejim Zionis ini.

Menurut pelantun lagu Assalamualaikum ini insiden tersebut telah membuatkan dia sedar bahawa ada perkara yang lebih penting daripada nikmat menjadi seorang penyanyi terkenal.

Jadi ketika itulah saya macam.. ‘Apa benda yang aku buat ni?Aku dekat sini dok sibuk melayan syoknya nikmat boleh buat show, bajet macam rockstar’.

Hidup dengan senang, tiba-tiba dekat tempat lain ada macam ini, sedangkan aku dalam keadaan yang sangat leka dengan dunia. Mencari nama, mencari populariti, mencari duit sedangkan ada masalah sebegini yang sedang berlaku. Jadi itu juga ‘turning point’ saya.

Untuk info, pada 31 Mei 2010, tentera laut Israel telah menyerbu kapal Mavi Marmara dan bertindak membunuh beberapa orang aktivis yang membawa misi bantuan ke Gaza. Rakyat Malaysia juga antara yang menyertai misi bantuan tersebut.

Terdahulu, rata-rata ramai artis tempatan dilihat menyatakan solidariti mereka terhadap isu peperangan tersebut dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim tentera Israel.

@kool101my

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa ‘turning point’ Faizal Tahir? Yang menyebabkan Faizal Tahir banyak menyertai aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Catch Up Pagi On Point berbual dengan Faizal Tahir @Faizal Tahir di aplikasi Audio+! #Kool101 #PagiOnPoint #closeup #FaizalTahir #turningpoint

? original sound – Kool 101 – Kool 101

Sumber: TikTok Kool 101

SKIP THIS AD ×