berita

Foto: Nana Mahazan Abadikan Kenangan Sebelum Bersalin

November 7th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-11-06 at 16.40.34

Terserlah wajah kegembiraan dan keterujaan di wajah bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan yang bakal menyambut kelahiran anak kedua dalam masa lebih kurang sebulan sahaja lagi.

Jika ibu-ibu mengandung yang lain gemar berkongsi kegembiraan mereka dengan mengadakan majlis baby shower, Nana pula dilihat lebih selesa mengabadikan kenangan sebelum kelahiran bayinya dalam bentuk foto album.

Nana telah mendapatkan khidmat jurugambar professional untuk memotretkan kebahagiaan keluarga kecilnya yang terdiri daripada Nana sendiri, suaminya, Raqeem Brian dan anak mereka, Althea.

Screen Shot 2013-11-06 at 16.38.42

Dengan hanya menggunakan sofa sebagai prop utama sambil berlatar belakangkan kehijauan alam semulajadi, foto-foto yang diambil kelihatan cukup cantik dan segar.

Pada hari tersebut, Nana dan Althea tampil sedondon mengenakan gaun ringkas berwarna putih dan memakai kasut yang sama.

Walaupun sedang sarat mengandung, namun Nana dilihat masih aktif dan berseri-seri hingga ada peminat yang berpendapat Nana bakal menimang bayi lelaki.

Apapun bagi yang belum berkesempatan melihat foto-foto dimaksudkan, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping untuk tatapan anda.

Kredit foto: Instagram Nana Mahazan, Amalina Tuna & Muhammad Zameer

SKIP THIS AD ×