berita

Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Di Final Gegar Vaganza

January 5th, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

ohbulan hairul melamar hanis zalikha Sedang asyik penonton melihat pentas ‘Gegar Vaganza’ semalam, secara tiba-tiba pelakon kacak, Hairul Azreen telah melamar sahabat baiknya, Hanis Zalikha di hadapan ribuan penonton di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Hanis yang agak terkejut bagaimanapun tidak menolak lamaran tersebut dengan mengatakan ‘”InsyaAllah, OK saya terima.”

Hairul Azreen Dapat Restu Ibu Bapa Hanis Zalikha

Screen Shot 2015-01-05 at 10.24.55 AM

“Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk mendapat restu mereka. Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah.

Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikan awak menjadi isteri saya?” – mStar Online

Gimik Lamaran Diminta Oleh Pihak Astro

Screen Shot 2015-01-05 at 10.25.59 AM

“Saya memang bercadang melamar Hanis namun tidak menyangka ia dilakukan di atas pentas. Meskipun pada awal merasa seperti tidak kena namun ia kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku dalam program terbitan mereka.” – Harian Metro

Hairul Azreen Mahu Kahwini Hanis Zalikha Tahun Ini Juga

Screen Shot 2015-01-05 at 10.23.12 AM

“Keberanian melamar Hanis di hadapan ramai bagi memberitahu kepada semua status hubungan kami yang selama ini orang tahu kami berkawan baik.

InsyaAllah perbincangan susulan akan dilakukan bersama kedua ahli keluarga dan kalau boleh saya mahu berkahwin tahun ini juga.” – Harian Metro

“Ambek gambar” Girls be like “I burukkkk”

A video posted by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×