berita

“Ibu Minta Maaf, Sayang. Ibu Tak Sengaja…”

March 15th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Semalam tular berita seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, Nur Awfa Humaisha meninggal dunia setelah ditinggalkan ibu di dalam kereta. Kanak-kanak tersebut dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas. Ibu kepada mangsa, Hasmah Masroh mendakwa dirinya tidak sedar mangsa berada di dalam kenderaan itu.

Menurut laporan Metro, mangsa dipercayai tertinggal di dalam kereta selama empat jam di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran. Ini adalah suara rintihan dan penyesalan ibu setelah pemergian anak tersayang. Sedih…

‘Ibu tidak sengaja’

Ibu minta maaf sayang, ibu betul-betul terlupa… ibu tak ingat, ibu menyesal. Malam tadi (semalam) Awfa okey saja, hari ini Awfa dah pergi tinggalkan ibu.

Ibu mangsa dipercayai mengangkat anaknya yang sedang tidur memasuki kereta untuk ke kolej. Setiba disana, dia terus mematikan enjin dan memasuki pejabat tanpa sedar mangsa masih tidur di dalam kenderaan tersebut.

‘Saya reda’

Saya reda dengan ketentuan ini, dan sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya. Ujar ayah mangsa yang sebak dan enggan mengulas panjang.

Muhammad Ali Riduan, ayah mangsa, mengetahui kejadian ini pada jam sekitar 1.30 tengah hari selepas dihubungi isteri ketika masih di tempat kerja.

Akibat strok haba

Menurut laporan dari Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan ditinggalkan dalam keadaan pintu dan tingkap kereta tertutup bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Malah, hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak tersebut meninggal dunia disebabkan strok haba atau kepanasan melampau. Jenazah akan dikebumikan di Telok Kemang selepas solat Maghrib, semalam.

Credit: myMetro

SKIP THIS AD ×