berita

Isu Khalwat : Shahrizal Jaszle Mengaku Tak Bersalah

November 12th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Shahrizal Jaszle

Gambar ihsan Rotikaya

Sekitar pertengahan bulan Mei yang lalu, kecoh didada akhbar apabila pelakon, Shahrizal Jaszle, 25, ditangkap kerana disyaki berkhalwat bersama pasangannya Farah Nurizzati Salleh, 21, oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah Apartment Taman Sri Subang.

Isu itu telah mencetuskan pelbagai masalah kerana ketika Shahrizal ditangkap, pelakon ini sudah pun bertunang dengan Redzwani Puteri.

Artikel Berkaitan :

Sebentar tadi, menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, Shahrizal telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Namun, Farah pula telah mengaku bersalah di atas pertuduhan sama dan didenda RM3,000.

Shahrizal yang diwakili peguam syarie, Asyraf Ranee dibebaskan dengan diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin. Dia membayar denda itu. Hakim syarie, Abdul Halim Abu Samah kemudian menetapkan 21 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×