berita

Rayuan Shahrizal Jaszle Gugur Kes Khalwat Gagal

January 21st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-01-21 at 4.46.31 PM

Umum sedia maklum mengenai kes khalwat yang melibatkan pelakon Shahrizal Jaszle dan pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh pada 16 Mei tahun lalu.

Mereka berdua telah ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada jam 3.30 pagi oleh unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang.

Artikel Berkaitan:

Terkini, memetik laporan mStar Online, rayuan yang telah dikemukakan menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember 2013 itu bagaimanapun telah ditolak oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daereh Petaling Jaya hari ini.

Screen Shot 2014-01-21 at 4.49.54 PMFarah dituduh berkhalwat dengan Shahrizal Jaszle di Apartmen Taman Sri Subang

Selain itu, Pendakwa Syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad Kamal juga akan mengemukakan seramai sembilan orang saksi untuk kes tersebut selepas menjawab secara bertulis bagi menolak permohonan tertuduh pada 9 Januari lalu.

Oleh itu, mahkamah mengarahkan agar kesemua saksi disepina sehingga tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 8 April 2014.

Screen Shot 2014-01-21 at 4.56.22 PMShahrizal Jaszle mahu membersihkan namanya di perbicaraan tersebut kelak

“Saya tidak tahu mengenai saksi yang dikemukakan dan perlu berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu. Bagaimanapun saya tidak gentar kerana tidak bersalah dalam hal ini.”

Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin memberitahu bahawa dia tetap akan membersihkan namanya pada perbicaraan itu nanti.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×