berita

Jakim Luah Hasrat Jumpa Sajat, Sedia Bantu Isu Keliru Jantina

January 16th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Semalam media sosial gempar dengan penularan satu video seorang lelaki menelefon Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Dato’ Jamil Khir yang mahu jutawan kosmetik, Sajat diambil tindakan. Tindakan lelaki yang dikenali sebagai Sir Azri itu mendapat persetujuan ramai netizen lain.

Artikel berkaitan: Lelaki Ini Call Menteri Hal Ehwal Agama Mengenai Sajat, Ini Jawapan Diterima

Tidak lama kemudian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerusi pegawainya, Dr. Izwan Yusof menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Sajat semalam.

Nyatakan hasrat menerusi surat terbuka

Hasrat itu diluahkan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial & Komuniti berkenaan di laman Facebooknya petang semalam. Dr. Izwan merupakan pegawai berpengalaman menangani isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ingin bertemu Sajat kerana isu yang timbul menyebabkan masyarakat tertanya-tanya.

Perlu tahu masalah sebenar

Bagaimanapun, Dr Izwan menyatakan pendirian Jakim yang berkecuali mengenai isu yang diperkatakan netizen kerana mereka tidak mengetahui masalah sebenar.

Berkenaan hal-hal yg berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami perlu tahu masalah sebenar yg dihadapi. Dalam masa yg sama, kami mengambil maklum cemuhan & kata-kata kasar drpd netizen terhadap Sajat.

Beliau juga mengatakan pihak Jakim siap sedia menolong dari segi nasihat berkenaan kekeliruan identiti menurut pandangan Islam.

Saya dan rakan-rakan di Jakim sentiasa terbuka membantu dan beri khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam. Saya yakin dengan pertemuan itu nanti, akan merungkaikan persoalan yang terus berlegar di kalangan ummah.

Ketua Pengarah Jakim setuju dengan pertemuan

Dalam masa sama, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha bersetuju untuk pertemuan itu diadakan. Persetujuan itu turut dibuat di laman Facebook rasminya petang semalam.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×