berita

“Jangan Label Mereka Bangsa Perompak!” – Pendebat Terbaik Asia Pertahan Warga Bangladesh

February 17th, 2016 | by Ai
Isu & Kontroversi

sadiq

Isu kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia menjadi antara bahan bualan paling hangat sekarang. Sedar atau tidak, sentimen berbaur perkauman terhadap warga asing tersebut telah tertanam dalam diri sesetengah orang kita apabila asyik melabel ‘Bangla’ dengan perkara negatif ketika berkomentar tentang isu kemasukan mereka ke negara ini. Ramai yang mengatakan kadar jenayah dalam negara akan meningkat kerana warga Bangladesh merupakan bangsa ‘perogol’ dan ‘perompak’.

Tapi harus diingat, mereka juga manusia seperti kita dan harus dilayan sebagai selayaknya seperti manusia lain. “Adakah anda suka dikutuk dan dikeji ketika anda berada di negara asing untuk mendapat rezeki yang halal?” – persoalan ini ditimbulkan oleh pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun laman sosialnya. Berikut adalah buah fikiran yang dikongsi oleh Saddiq dalam menentang perlakuan stereotaip terhadap warga asing tersebut.

“Jangan Panggil Mereka Bangsa Perogol, Perompak, Sampah!”

1

Jangan Rasis!

2

Warga Bangladesh Berjaya!

syed saddiq

Syed Saddiq turut memberikan contoh warga Bangladesh yang berjaya, iaitu rakan debatnya sendiri yang merupakan pendebat bertaraf dunia dan Asian Debate Champion. Satu lagi contoh ialah tokoh Bangladesh bernama Muhammad Yunus seorang usahawan, pegawai bank, ahli ekonomi dan penerima anugerah Nobel Peace Prize. Hebat, kan? So many achievements! 

3

sadiq malaysia

Jadi, rakyat Malaysia, we are better than this. Dengan mengambil kata-kata dari anak muda bijak pandai ini, marilah bersama-sama membuktikan bahawa ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ bukan sekadar ungkapan slogan tetapi sememangnya sikap yang dipraktikkan oleh kita semua. We can do this!

Sumber: Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×